Kecantikan

FOREO Tawar Berus Wajah Efektif Hakis Kotoran Muka!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
FOREO Tawar Berus Wajah Efektif Hakis Kotoran Muka!

Hujung tahun ni memang jadual kita penuh dengan tentatif untuk menghadiri undangan orang. Ada kenduri kahwinlah, acara-acara keramaian untuk sambut Krismas serta perayaan… dan banyak lagi!

Bila sudah asyik keluar bertemu orang, sudah tentulah wajah kita juga sesak dengan segala macam lapisan produk dan mekap. Kadang-kadang satu hari suntuk membuatkan kulit lebih terdedah kepada kotoran dan berisiko berdepan dengan kemunculan jerawat. Kalau kamu, apa yang kamu lakukan untuk mengelak permasalahan kulit yang ini?

Rajah saiz berus-berus pencuci keluaran FOREO. Sumber: thehut.com

Penulis ada satu cara mudah bagaimana kamu boleh memastikan kulit bersih secara optimum dengan hanya memanfaatkan berus comel yang diilhamkan jenama FOREO ini!

Tips Guna Berus Pencuci FOREO 

Didatangkan dalam pelbagai bentuk dan warna menarik, bilah-bilah berus pencuci wajah ini juga bertekstur lembut pada kulit kerana diperbuat daripada material silikon. Apa yang memastikan kotoran muka kamu terhakis bersih adalah dengan gerakan mesin serta sensasi getaran yang dilengkapi oleh setiap berus pencuci FOREO. 

FOREO siri Luna 2. Foto -Arkib Wanista

Kalau kamu nak tahu, FOREO pernah menerima pelbagai penganugerahan terhadap hasil inovasnya ini tau?! Jadi ternyata, berus-berus pencuci wajah keluaran FOREO ini sememangnya berkualiti dan diiktiraf oleh ramai pengguna.

FOREO siri LUNA Mini 2. Foto -Arkib Wanista

Istimewa musim perayaan bersempena Krismas, FOREO menawarkan seleksi berus pembersih terbaik untuk kegunaan semua baik lelaki mahupun wanita, siapa sahaja yang tak mahu kulit cantik, bersih dan sihat betul tak? Ini termasuklah FOREO dari siri UFO, Luna 2 dan Luna Mini 2. Jangan risau, kesemua berus terkini keluaran FOREO ini adalah bersaiz genit dan mudah untuk dibawa bersama ke mana-mana!

FOREO siri UFO. Foto -Arkib Wanista

Kesemua produk FOREO juga boleh dibeli secara langsung menerusi gedung atas talian Sephora, Lazada dan Zalora. Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.foreo.com].

Selamat mencuba! ❤