Berita & Isu Semasa

Kanak-Kanak Jana RM67 Juta Setahun Dengan Hanya Review Permainan Di Youtube!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kanak-Kanak Jana RM67 Juta Setahun Dengan Hanya Review Permainan Di Youtube!

Siapa sangaka kanak-kanak kacukan Amerika-Asia ini rupa-rupanya sudah mampu menjana pendapatan sendiri dengan hanya membuat ulasan barangan permainan di saluran Youtube yang diberi nama “Ryan Toys Review”! Bukan biasa-biasa kerana beliau diangkat oleh Forbes sebagai orang kaya termuda yang mendapat bayaran tertinggi sebagai seorang Youtuber dengan hasil pendapatan sebanyak RM67 Juta sepanjang tahun ini.

Sumber: Google Images

Mempunyai lebih 17.3 pengikut dan angka itu dilihat semakin meningkat, saluran Youtube milik kanak-kanak beranam Ryan ini nampaknya sudah menjadi lubuk bagi kebanyakan syarikat pengeluar permainan untuk mendapatkan keuntungan. Ia seperti tempat untuk mengiklankan produk inovasi mereka dengan hanya membayar kepada Ryan untuk Ryan membuat ulasan terhadap barangan mereka. 

Rata-rata setiap video yang dimuat naik Ryan ke Youtube mampu mendapat lebih 1 Juta tontonan dalam masa sehari. Kalau sudah berminggu-minggu, berapa pula jumlah tontonnya?!

Untuk itu, ramai syarikat oengeluar permainan juga sanggup menjadi penaja kepada Ryan bahkan menurut sumber, Ryan yang sudah genap berusia 8 tahun itu akan memuat naik video baru setiap hari yang kadang-kalanya turut disertai ibu, bapa dan dua adik perempuan kembarnya.

BACA  Permainan Video Minions Paradise: Lebih Banyak Gelagat Dengan Kemunculan Watak Phil

Namun begitu,  ramai tidak berpuas hati dengan pencapaian kanak-kanak itu sekaligus melabel Ryan sebagai “perosak” terhadap kanak-kanak lain yang menonton video-video ulasannya di Youtube.

Bukan itu sahaja, ramai juga berpendapat memandangkan Ryan belum cukup umur, ini seolah-olah membuatkan kedua ibu dan bapanya mengambil kesempatan terhadap kelebihan anak mereka itu.

BACA  Terokai 'Island Of Sodor' Bersama Thomas & Friends Untuk Hiburan Sekeluarga

Ibu dan bapa Ryan turut tidak ketinggalan mendapat cemuhan sebagai pasangan suami isteri yang mata duitan malah, kesemua wang yang diperolehi Ryan itu semestinya akan disalurkan terus ke akaun mereka memandangkan Ryan masih kanak-kanak dan tidak tahu menguruskan wang.

Apabila jadi begini, teringat pula penulis dengan kisah nasib yang menimpa genius matematik Adi Putra kerana terdahulu, ibu dan bapanya dilihat seperti mengambil kesempatan terhadap Adi Putra untuk mengaut lebih keuntungan dengan menjual produk serta barangan edisi terhad -menggunakan nama anaknya itu.

BACA: 5 Budak Genius Malaysia Yang Bertukar Tragedi

Tepuk dada dan tanyalah selera. Apa pendapat korang? Kalau tersilap langkah, budak-budak “famous” seperti Ryan ini mungkin akan jatuh ditimpa tangga suatu hari ini. 

Foto Ryan (tengah) bersama ibu bapa dan dua adik kembar perempuan. Sumber: Google Images

Jadi betulah pepatah orang dulu-dulu mengatakan, “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”? Mungkin kamu juga boleh mula membuat ulasan barangan di Youtube untuk 

SUMBER