Tips

Nafas Kamu Berbau Kopi, Cegah Dengan Cara Ini…

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Nafas Kamu Berbau Kopi, Cegah Dengan Cara Ini…

Ada tak sesiapa kalau tak dapat minum kopi dalam sehari, rasa serba tak kena, rasa tak sedap badan?

Laporan dari Business Insider menunjukkan, walaupun tidak salah mengambil secawan kopi untuk memulakan aktiviti harian, tetapi anda harus berwaspada dan tidak mengambilnya ketika perut kosong.

Hal ini kerana kopi boleh bertindak serius terhadap sistem pencernaan. Kopi melancarkan pengeluaran asid dari perut. Jika anda belum mengambil sesuatu makanan untuk mengalas perut, asid boleh merosakkan lapisan perut selain menyebabkan sakit kepala serta pedih ulu hati.

Minum kopi memang best tapi yang tak lalunya bila mulat berbau. Kopi yang mempunyai sebatian sulfur yang tinggi, adalah salah satu penyebab nafas berbau.

Selain itu, kafein dalam kopi mengering apabila masuk ke dalam mulut. Apabila mulut tidak menghasilkan air liur yang mencukupi, mulut akan berbau kerana air liur boleh membunuh bakteria di dalam mulut. Tanpa air liur, bakteria muncuk dan menyebabkan bau mulut. Zarah makanan yang tersisa di mulut anda, yang biasanya dibersihkan oleh air liur juga menyebabkan bau.

Foto – TripAdvisor

Apa yang perlu kamu lakukan?

Sudah pasti memberus gigi adalah cara terpantas untuk menjaga rakan sekeliling dan sentiasa ada gula-gula untuk dikunyah. 

Sekiranya anda mendapati kopi dan ubat gigi tidak serasi, tetapi ingin bebas nafas daripada berbau kopi, itu semua berkaitan dengan keseimbangan dan variasi. Cuba tukarkan kepada teh hijau. Menurut kajian semula Journal of Oral Biology, ekstrak teh hijau menghilangkan sulfur berbau busuk yang dihasilkan oleh kerosakan gigi. Penyelidik mendedahkah teh hijau membantu merangsang pengeluaran air liur yang membantu membersihkan gigi selepas makan (atau minum kopi manis). Minum air juga boleh membantu mencuci kopi juga.

Idea yang cepat dan mudah adalah untuk membuatkan mulut menghasilkan lebih banyak air liur adalah dengan memakan epal. Ia mempunyai enzim penghasil air liur atau melawan bakteria yang menyebabkan bau. Teh halia dan yogurt juga mempunyai ciri-ciri anti-bakteria atau cengkih yang boleh membantu menangani masalah mulut berbau.

Selamat Beramal!