Cinta & Perhubungan

Kenal Orang Dari Caranya Bersalaman

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kenal Orang Dari Caranya Bersalaman

Sebagai seorang individu yang bekerja dalam industri massa, boleh kata hampir setiap minggu penulis perlu hadiri acara-acara undangan uyang rata-ratanya memerlukan penulis untuk berinteraksi dengan ramai orang.

Baik dengan mereka yang berjawatan tinggi, mahupun sekadar bertemu teman-teman sejawat… bersalaman sudah menjadi rutin harian saat kita bertemu-ramah dengan orang di sekeliling sebagai satu tanda hormat dan penghargaan yang paling mudah untuk diaplikasikan dalam kehidupan betul tak?

Sumber: Tumblr

Namun begitu, tahukah kamu kita juga bisa mendalami pemikiran serta perasaan yang cuba disampaikan lawan menerusi caranya berjabat tangan dengan kita. Lihat penjelasan Wanista:-

#1 Tapak Tangan Berpeluh

Ini menandakan seseorang itu sedang berasa cemas.

#2 Tangan Kaku

Digelar “Dead Fish” handshake, cara bersalaman yang ini adalah yang paling lemah, tiada gerakan mahupun cengkaman. Ia cuma sekadar menghulur tangan untuk disambut tangan si lawan dan seolah-olah memegang ikan mati. Cara bersalaman begini membawa maksud orang tersebut memiliki keyakinan diri yang rendah.

#3 Si Penolak

Pernah ada pengalaman bersalam dengan orang yang apabila kamu menghulurkan tangan kepadanya dan dia menapak kebelakang sekaligus memanjangkan lengannya saat bersalaman. Yup, dia kini sedang dalam dilema dan emmerlukan ruang untuk menyelesakan diri dengan orang luar. Dia juga bukan orang yang mudah menerima kehadiran baru dalam buku kehidupannya dan jika kamu mahu rapat dengannya, sila beri dia masa. 

#4 “Penyepit Udang Kara”

Jika seseorang bersalam dengan kamu dengan tangannya yang mencengkam penuh tangan kamu (memutarkan tangan kamu agar tangannya berada di atas saat berjabat), itu bermaksud dia mahu kamu sedar yang dia paling gah, hebat dan sedia untuk ‘mengawal’ kamu.

#5 “Bone Crusher”

Penulis pernah salam dengan seorang selebriti popular ni. Cara dia bersalam sampai akan buat tangan penulis rasa sakit kerana cengkamannya terlalu kuat seolah-olah mahu mematahkan tulang-tulang kita. Rupanya, orang sebegini adalah jenis manusia yang gemar menakut-nakutkan individu di kelilingnya. Dalam erti kata lain, mereka sengaja mahu buat orang jelas yang mereka adalah yang paling “taiko”.

Walau bagaimanapun, mereka akan melayan kamu dengan baik andai kamu bisa menonjolkan sifat menarik diri kamu saat berinteraksi dengan mereka.

#6 Salam Jari

Orang tersebut cuma menyambut empat jari dan bukannya keseluruhan tangan termasuk ibu jari? Jika dia cuma menggenggam empat jari utama kamu sewaktu berjabat, itu tandanya dia seorang insan yang mudah rasa tidak selamat. Atau… jika dia turut mencengkam emoat jari kamu dengan kuat, ia membawa maksud dia cuba menonjolkan kekuasaan peribadinya supaya kamu takut untuk dekat dengannya.

#7 Salam Kaut

Berjabat tangan dengan cara kedua-dua tangan menyambut tangan si lawan ini biasa kita lihat dalam kalangan pengamal politik. Ia menandakan seseorang itu lebih mesra, mudah didekati, peramah, ikhlas serta boleh dipercayai.

Namun, jika tangannya tidak kekal di atas tangan kamu malahan yang sebelah lagi pula memegang sama ada lengan kamu, bahagian lengan atau siku, dia sebenarnya cuba ‘mengambil’ sesuatu dari kamu.

#8 “Brush Off”

Biasa kita lihat di konsert-konsert antara peminat dan selebriti. Apabila kita menghulurkan tangan, tangan mereka akan menyambut salam dengan cara menarik seterusnya melepaskan tanpa sebarang genggaman. Ia menggambarkan mereka merasakan suasana ketika itu adalah milik mereka, agenda mereka dan kamu tiada kena-mengena malah, bukanlah orang yang berkepentingan untuk difokuskan sama sekali.

Tonton Tutorial Untuk Bersalam Dengan Cara Betul

Lain orang, lain cara. Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3