Hiburan

Berlagak Bagus?! Winnie Harlow Kena Hentam Gara-Gara Kenyataan “Lupa Daratan”

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Berlagak Bagus?! Winnie Harlow Kena Hentam Gara-Gara Kenyataan “Lupa Daratan”

Siapa yang tidak kenal dengan Winnie Harlow? Model berusia 24 tahun ini sudah menggapai pencapaian hidup tertinggi apabila muncul dalam pelbagai kempen fesyen bahkan terkini, namanya diangkat dan diberi peluang untuk berjalan di pentas peragaan Victoria’s Secret Fashion Show.

Seperti yang kita semua jelas, ramai mengenali insan bernama Winnie Harlow atau nama sebenarnya, Chantelle Broun-Young, sebaik kemunculannya dalam realiti televisyen yang diasaskan supermodel terkemuka Tyra Banks. Rancangan itu menghimpunkan bakat-bakat peragawati terbaik untuk memajukan mereka dalam industri fesyen dunia.

Sumber: W Magazine

Namun begitu… Winnie, yang terdahulunya merupakan anak didik Tyra Banks sekaligus finalis 6 terbaik America’s Next Top Model (ANTM) musim ke-21 sekitar 2014 itu kembali dikecam netizen gara-gara sebuah kenyataan lupa daratan yang dibuatnya secara langsung dalam program temu bual Watch What Happens Live! with Andy Cohen.

Menurut Winnie, kejayaannya dalam bidang peragaan kini tiada kena-mengena dengan kemunculannya dalam ANTM. “Saya benar-benar mula menjadi peragawati selepas meninggalkan ANTM kerana rancangan itu sebenarnya tidak langsung membantu saya untuk membangunkan karier secara realiti.

Tonton Kenyataan Sinis Winnie Tentang America’s Next Top Model (ANTM)

“Saya sangka ia (ANTM) sedikit-sebanyak akan bantu menonjolkan bakat saya demi memulakan kerjaya sebagai seorang model namun, ia cuma sekadar rancangan realiti televisyen… itu bukan apa yang saya mahu dan harapkan pada awalnya,” tambah Winnie lagi.

Namun, baru-baru ini saat Tyra Banks pula diundang untuk muncul dalam progarm temu bual sama, seorang individu telah membuat panggilan dan bertanyakan pendapat Tyra terhadap kenyataan yang dikeluarkan Winnie terdahulu namun, jawapan Tyra sangat selamba dan profesional membuatkan ramai orang kagum dengan sifatnya yang begitu tenang.

Sumber: Pinterest

Jawab Tyra, “Mereka (termasuk Winnie) adalah bagaikan anak-anak saya. Setiap orang memiliki sejarah hidup berlainan serta keperitan peribadi yang berbeza, jadi saya tetap menyayangi mereka dan saya tahu dia (Winnie) pasti mempunyai alasan tertentu untuk berkata begitu”.

Tonton Reaksi Balas Tyra Banks Terhadap Kenyataan Winnie Harlow

Untuk pengetahuan semua, ramai orang tidak bersetuju dengan tindakan dan kenyataan Winnie sekaligus dia telah dilabel sebagai “kacang lupakan kulit” kerana sudah melupakan jasa Tyra yang sebenarnya banyak membantu namanya untuk diperkenalkan kepada umum.

Menurut Tyra, dia sendiri yang menawarkan peluang kepada Winnie untuk turut serta dalam ANTM dan dia telah menjumpai Winnie menerusi Instagram. Tyra menganggap Winnie mempunyai potensi untuk memajukan diri dalam bidang supermodel kerana kelebihan penyakit kulit Vitiligo yang dihidapinya dan itu adalah suatu kurniaan bonus yang bisa menjadikan dia seorang supermodel unik. 

Winnie Harlow di pentas Victoria’s Secret Fashion Show 2018. Foto -Timur Emek/FilmMagic)

Dua hari lepas, Winnie ada memuat naik kenyataan baharu di Instagram untuk menjernihkan keadaan -betapa dia tidak bermaksud untuk melupakan jasa Tyra serta menghina racangan realiti televisyen ANTM tersebut.

Hmm, apa pendapat korang?

RUJUKAN 1, 2, 3