ELLE Malaysia akhirnya melancarkan butik baharu di Mid Valley Megamall!
Sejak diambil alih oleh TDST Sdn Bhd, label ELLE Ladies Apparel and Active sekitar May lalu, Syarikat itu sehingga kini telah mengubah suai lebih 4 buah butik ELLE dalam tempoh 6 bulan termasuklah cawangannya yang di Mid Valley.
Foto -Arkib WanistaUntuk pengetahuan semua, ELLE menjelaskan yang mereka begitu komited untuk memenuhi permintaan wanista Malaysia hari ini, sekaligus masih mengekalkan elemen minimalis pada setiap helaian rekaannya untuk menonjolkan jiwa kewanitaan Perancis ala Parisian.
Tidak cukup dengan itu, sehubngan dengan pelancaran dan pembukaan butik ELLE baharu di Mid Valley, koleksi edisi terhad yang direka khas oleh Tamara, Editor Fesyen Majalah ELLE Perancis dipanggil Tapis Rouge turut diperkenalkan. Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/ELLEBoutiqueMY].
Alamat Butik ELLE Mid Valley Megamall: Aras 2, F-044 – 045B, Mid Valley Megamall.