Seperti biasa, musim cuti sekolah menjadi waktu pilihan para ibu bapa membawa anak-anak ke luar negeri untuk berlibur bagi mengeratkan lagi sillaturahim kekeluargaan.
Meski ramai memilih destinasi luar negara, tidak kurang, masih ada yang mahu menikmati keindahan dalam negara yang tidak kurang hebatnya betul tak?
Terkini khabarnya, di Johor ada taman tema air baharu yang lebih menyeronokkan!
Tonton Video Pengenalan Desaru Coast Adventure Park, Johor
Diberi nama “Desaru Coast Adventure Waterpark”, taman tema air ini khabarnya meliputi kawasan seluas 25 ekar yang dilengkapi 20 buah permainan tarikan termasuk basah dan kering. Lebih mengujakan, taman tema istimewa ini mampu menampung hingga 12,000 pengunjung dalam satu-satu masa.
TAMAN TEMA AIR TERBESAR DI DUNIA
Jangan tak percaya, “Desaru Coast Adventure Waterpark” ini dikatakan adalah salah satu teman tema air terbesar di dunia yang ditemani kolam berombak yang juga paling besar di dunia!
Tidak cukup dengan itu, antara fasiliti yang turut ditawarkan adalah seperti 2 bilik surau, 550 buah peti simpanan (locker), 1000 parkir kenderaan, 6 buah rumah tandas, 5 buah medan selera serta servis shuttle percuma dari Desaru Coast ke Desaru Coast Adventure Waterpark.
Harga tiket yang dikenakan kepada pengujung warganegara juga adalah jauh lebih murah iaitu sekitar RM121 untuk dewasa manakala, RM90 untuk kanak-kanak dan warga emas berusia 60 ke atas.
Untuk keteragan lanjut, sila klik [facebook.com/DCAWP] atau lawat laman sesawang rasmi Desaru Coast Adventure Waterpark di [desarucoast.com] untuk pembelian tiket secara atas talian.
Selamat bercuti bersama keluarga tercinta! ❤