Hiburan

Murah! Harga Tiket Konsert BLACKPINK “Live in Malaysia” Serendah RM373

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Murah! Harga Tiket Konsert BLACKPINK “Live in Malaysia” Serendah RM373

Dijadualkan berlangsung pada Februari tahun hadapan, akhirnya BLACKPINK bakal membuat kemunculan sulungnya di Malaysia!

Konsert satu hari itu akan disertai empat orang ahli BLACKPINK terdiri daripada Jisoo, Lisa, Jennie dan Rosé yang merupakan idol k-pop wanita paling terkemuka dalam industri muzik Korea Selatan abad ini.

Sumber: babekstore.com.br

Bukan itu sahaja, BLACKPINK’s “In Your Area” turut menggabungkan beberapa lagu popular mereka seperti “DDU-DU DDU-DU”, “As If It’s Your Last”, “Boombayah” dan banyak lagi untuk menghiburkan seisi peminat yang mahu menyertai komuniti BLINK sepanjang malam dari jam 6:00pm pada tanggal 23 Februari 2019 itu nanti.

Sumber: Pinterest

Untuk pengetahuan semua, ramai tidak menyangka bahawa harga tiket konsert BLACKPINK ini sebenarnya jauh lebih murah jika hendak dibandingkan dengan harga tiket konsert IKON dan WINNER di Malaysia pada Oktober lalu.

Sumber: BLACKPINK

Sound-check passes akan diberikan secara percuma kepada beberapa orang peminat bertuah yang membeli tiket pada minggu pertama jualan tiket (kaunter jualan tiket akan dibuka pada 12 Disember ini).

Maklumat pembelian tiket adalah seperti berikut:-

  • BLINK ZONE: RM693 (berdiri)
  • RED ZONE: RM673 (tempat duduk bernombor)
  • YELLOW ZONE: RM573 (tempat duduk bernombor)
  • PURPLE ZONE: RM483 (tempat duduk bernombor)
  • GREEN ZONE: RM373 (tempat duduk bernombor)

Khas buat pembeli tiket BLINK ZONE dan RED ZONE, sending-off passes turut akan diberikan kepada mereka yang terpilih!

Sumber: BLACKPINK

Pembelian tiket secara atas talian boleh dibuat menerusi laman sesawang [www.macpiepro.com] pada 12 Disember nanti. Jangan ketinggalan untuk jadi antara pembeli terawal okay? Diskaun sebanyak 40% akan diberikan kepada pembeli yang melanggan pakej Mcalls’ HITS manakala, tiket kedua boleh dibeli dengan potongan sebanyak 10% (hanya untuk pembelian tiket BLINK ZONE;RM693 atau RED ZONE;RM673). 

Sumber: hangat.com

Untuk keterangan lanjut, sila klik [mcalls.asia/blackpink].

Selamat berhibur BLINK sekalian! ❤