Gossip Antarabangsa

Priyanka Chopra ‘Lari’ Ke Amerika Sebab Skandal Shah Rukh Khan?

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Priyanka Chopra ‘Lari’ Ke Amerika Sebab Skandal Shah Rukh Khan?

Tuah Priyanka Chopra yang bukan sahaja dilamar oleh pihak produksi Hollywood malah mendapat jodoh dari sana juga. Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru ini yang selamat bertukar sumpah pada 2 Disember yang lalu.

IKLAN

Disebalik majlis perkahwinan yang gilang-gemilang itu, timbul pula cerita-cerita lama yang mengaitkan Priyanka Chopra ‘lari’ ke Amerika Syarikat. Rupanya Priyanka bukan sahaja kesana disebabkan tugasan tapi beliau sebenarnya diusir dari industri Bollywood. Tapi apa salah Priyanka hingga dipulau?

Skandal besar dengan Shah Rukh Khan

Jika anda ingat Shah Rukh Khan ada sesuatu bersama Kajol, anda silap. 

Priyanka Chopra amat mengagumi Shah Rukh Khan yang dianggap senior pelakon. Dua bintang ini pernah menjayakan filem Don 1, Don 2 dan Priyanka turut muncul sebagai cameo dalam filem Ra-One. Dari situ timbul bibit-bibit percintaan yang dibau oleh wartawan tempatan.

Foto – Telugu Films

Mereka sering dilihat bersama dan mesra melebihi pangkat junior dan senior. Menurut dalam pelbagai temubual terdahulu, SRK dan Priyanka jujur saling merasa selesa bila bekerja bersama. Namun apa yang menarik perhatian penulis, Priyanka punya selesa sampai boleh baiki rambut SRK.

“Personally, I am quite uncomfortable around actors. I get very conscious. But she (Priyanka) makes me feel comfortable. She’ll fix my hair if it’s out of place. It’s nice working with a friend like that. Also she has realised that I am as insecure as anyone else.” – SRK

Foto – quora.com

SRK juga punya impian untuk berlaku filem romantik bersama si cantik ini.

“We’ve only done Don together. But I would love to do a full-fledged romantic film with her.”-SRK

Karan Johar boikot Prinyanka

Gossip ini pernah mengoyahkan rumah tangga SRK dan isteri yang terbina sejak tahun 1991. Mereka yang sering dianggap sebagai #familygoals jadi kucar-kacir sehinggalah rakan baik pasangan ini Karan Johar mengambil keputusan untuk memboikot Priyanka. Sampai begitu sekali!

IKLAN
Foto – ibtimes.co.in

Bukan Karan Johar sahaja, malah satu industri menarik tawaran pada Priyanka Chopra sehingga menggelarkan ‘pemusnah rumah tangga orang lain’. Priyanka dilarang sama sekali untuk bertemu dengan SRK, lebih perit keduanya perlu mengelak antara satu sama lain. Akibatnya, Priyanka berusaha mencari tempat di negara orang dan hasilnya anda sendiri boleh lihat. Kerja dapat, kahwin pun dapat! 

Priyanka mengaku

Dalam temubual program Dirty Laundry baru-baru ini, Priyanka beri satu hint kecil tentang kesasihan hubungan beliau bersama SRK. Ditanya tentang ‘jaket kulit berwarna coklat’ Priyanka dengan jujur menjawab, ia jaket milik bekas teman lelakinya. Turn out jaket itu berkemungkinan besar kepunyaan SRK! Lihat bukti dibawah….

Foto – indiatoday.in
SRK ucap tahniah tapi…

Beberapa laporan mengatakan SRK sedikit berang ketika ditanyakan tentang perkahwinan Priyanka Chopra dan Nick Jonas. Beliau cukup gembira sekali mengucapkan tahniah kepada Deepika Padukone dan Ranveer Singh tapi berubah gaya bila disebut nama Priyanka Chopra. Baginya, mereka (Priyanka dan Nick) akan berkahwin, sudah tentu gembira dan bakal menimang cahaya mata. Tiada apa yang boleh dilakukan malah SRK sempat bergurau kepada wartawan, adakah dia perlu kahwin lagi?

Foto – filmibeat.com

Ini semua kisah lama, walauapapun terjadi masing-masing sudah berumah tangga dan mempunyai tanggungjawab sendiri. Wanista harap hubungan Priyanka Chopra dan Shah Rukh Khan baik-baik sahaja. Rindu untuk lihat mereka digandingkan bersama. Malah lebih rindu nak lihat Priyanka dalam filem Hindustan! 

SUMBER 1, 2 &