Untung betul siapa yang lahir pada tanggal 22 November hingga 22 Disember! Ini kerana mereka sentiasa menjadi pujaan dan perhatian ramai dalam secara tidak sedar. Personaliti yang dimiliki sentiasa membuat orang sekeliling kagum.
Jarang sekali menunjukkan perasaan sedih dan sentiasa terpalit dengan gelaran happy-go-lucky.
Antara selebriti yang berbintang Saggitarius ialah Taylor Swift, Nicki Minaj, Miley Cyrus dan Katie Holmes.
Kenapa agak si Saggitarius menjadi dambaan ramai ya, mari kita tengok puncanya…
Mesra
Anda seorang yang bersahaja dan mesra dengan siapa sahaja. Kalau berjumpa dengan orang baharu anda senang sekali bergaul dan langsung tidak anda rasa janggal. Rakan-rakan dan keluarga sering terhibur dengan gelagat anda. Senang cerita bila dengan anda, orang lain rasa happy dan cukup selesa.
Adventurous
Tak kisah kalau ditinggal keseorangan atau sanggup berjalan jauh hingga ke negara orang. Perasaan ingin tahu anda sangat kuat sehingga mengetepikan zon selesa anda. Kalau diberi cabaran anda boleh melakukan tanpa anda rasa stress, ini kerana anda mempunyai sikap optimistik, semangat motivasi dan sukakan perubahan.
Bijak berkata-kata
Orang yang meluahkan perasaan pada anda bukan sahaja lega tapi dibekalkan dengan nasihat yang berguna. Anda sangat pandai dalam memberi nasihat dan jujur terhadapnya. Jadi kenalan berterusan senang dengan diri anda yang bukan sahaja pendengar yang baik malah memberi respon terhadap luahan hati mereka.
Kalau hendak dipendekkan cerita, terdapat kajian mengatakan wanita bintang Saggitarius merupakan individu yang paling menarik setanding dengan bintang Pisces, Aquarius, Capricon, Leo dan Scorpio. Bukan itu sahaja, bintang-bintang lebih rupawan dan mampu menarik perhatian hati dan mata kaum lelaki.
Tak tahu lah kalau semua ini tepat tapi tidak salah kalau kita ambil perkara yang positif dan terapkan dalam kehidupan seharian kita.
Buat pembaca Wanista yang berbintang Saggitarius, selamat hari jadi buat kamu!