Fesyen

Cermin Mata Ala Atlet Sukan Pula Jadi Kegilaan Selebriti

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Cermin Mata Ala Atlet Sukan Pula Jadi Kegilaan Selebriti

Rasa terkejar-kejar kalau nak ikut aturan fesyen sekarang. Cepat betul bertukar-tukar sampai tak menang tangan dan tidak sempat simpan duit!

Belum sempat lagi penulis hendak bergaya sakan dengan cermin mata kecil ala eye-cat, sekarang muncul pula dengan gayakan cermin mata sukan. 

Teringat pula jika dahulu cikgu Pendidikan Jasmani sahaja yang gemar bergaya dengan kaca mata begini. Iyalah, nama pun sukan ikut keseusian. Kalau diikutkan cermin mata sukan merupakan aksesori yang bukan sahaja untuk bergaya malah dapat menjaga kesihatan mata dengan baik sekali.

Pengakhiran 2018 ini melihatkan perubahan cermin mata sekecil alam sehinggalah bersaiz sebesar alam! 

Kim Kardashian

Foto – Popsugar

Gigi Hadid

Foto – Teen Vogue

Rihanna

Foto – StyleBistro

Bella Hadid 

Foto – Pinterest

Kourtney Kardashian

Foto – Backgrid

Rita Ora

Foto – Popsugar

Adoi macam-macam! Anda rasa cantik ke?