Buang air besar ialah rutin yang paling wajib ada pada setiap hari, Kalau tidak membuang seharian boleh dicop ada penyakit. Simpan najis dalam bahagian usus besar terlalu lama boleh bertukar kepada toksik yang menyebabkan badan menjadi lesu dan tidak bermaya.
Cumanya…tidak semua orang begitu, lain orang lain sistem pencernaan. Banyak kekeliruan yang berlaku tentang proses pembuangan air besar.
Mari Wanista ringkaskan tentang fakta sebenar sistem pencernaan.
Sakit perut nak membuang
Ramai antara kita merasa tidak cukup selesa bila sakit perut lagikan pada selepas makan. Malah ada juga yang khuatir takut-takut terlalu kerap sakit perut sebelum membuang timbul penyakit lain. Tak usah risau, itu perkara normal!
Sama juga seperti bayi yang sakit perut selepas makan, alasannya usus anda belum cukup berkembang. Jika anda sakit perut selepas makan, anda masih boleh lagi menahan sehingga perut terasa reda.
Tak buang 2 hingga 3 hari? Normal!
Mereka yang buang sekali atau dua kali sehari selalu dianggap sihat. Eh, tidak semestinya..ia bergantung pada pola pemakanan dan aktiviti harian kita. Jadi tidak mengapa kalau anda tidak membuang sehingga tiga hari tapi jangan sampai seminggu. Dikhuatir sembelit pula..nak elak semua ini berlaku, minum air masak dengan banyak.
Waktu paling bagus?
Tak kisah pun bila anda hendak membuang, tiada waktu yang khusus kata waktu pagi atau malam yang baik. Proses pencernaan juga bergantung kepada emosi dan pergerakan harian. Jika anda aktif sepanjang hari dan lega daripada stress proses menjadi lebih mudah.
Bila datang haid, makin kerap membuang
Fakta ini tepat kerana kontrasi kekejangan yang berlaku pada bahagian rahim memberi pengaruh pada organ pencernaan.
Masih keliru lagi?