Kalau anda peminat siri program realiti Keeping Up With The Kardashian pasti kenal dengan susuk wanita yang bernama Blac Chyna ini.
Dia adalah bekas teman wanita kepada Rob Kardashian iaitu adik lelaki mereka, memang sejak dari dulu lagi Blac Chyna sering mengundang pelbagai kontroversi dan masalah kepada keluarga besar ini. Sebenarnya sehingga kini pun masih ada lagi isu yang belum selesai diantara mereka.
Tidak cukup dengan haters yang ada, Chyna menambah lagi berang netizen terhadapnya dengan mengeluarkan krim pemutih kulit!
Ini merupakan kolaborasi Blac Chyna dan syarikat kosmetik Whitenicious by Dencia dengan menghasilkan krim pencerah kulit ‘Diamond Illuminating & Lightening Cream’.
https://www.instagram.com/p/Bqkhyh6g66U/
Lebih mengejutkan, Blac Chyna akan terbang ke Nigeria untuk debut dan mempromosikan krim tersebut disana. Seperti yang kita tahu, Nigeria ialah negara majoriti dari kaum kulit hitam dan dari kajian WHO ( World Health Organization) 77% wanita Nigeria paling taksub dengan krim pemutih. Jadi memang tidak disangkal lagi kenapa Chyna sanggup kesana.
Krim yang dijual pada harga $250 ASD iaitu bersamaan RM1,500 dikatakan boleh digunakan pada seluruh wajah dan tubuh badan. Tapi sanggup ke nak berhabis sampai beribu ringgit untuk sebekas krim begitu?
Ada sumber menambah, Blac Chyna rupanya langsung tidak pernah memakai krim tersebut. Apa yang dia lakukan hanya menandatangi kontrak perniagaan.
Pada pendapat penulis, Blac Chyna terlalu ghairah dengan kecantikan ‘palsu’ malah sayang, umur dia baru sahaja jejak 30 tahun tapi sudah kelihatan 10 tahun tua. Hmmm…
Blac Chyna mempunyai seorang anak perempuan, Dream Kardashian berusia 2 tahun hasil hubungan bersama Rob Kardashian.