Fesyen

Kenali Siapa Nindy, Fashionista Indonesia Paling Top Ala Chiara Ferragni!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kenali Siapa Nindy, Fashionista Indonesia Paling Top Ala Chiara Ferragni!

Bukan nak cakap apa… Orang Indonesia ni kalau yang kaya tu kaya sangat dan kalau yang miskin, miskin sangat pula. Itu pandangan peribadi penulis dan janganlah ada pula yang makan hati dengan kenyataan tadi tu.

Jadi tak mustahil lah jika ada antara individu yang mampu bergaya sakan dengan barangan berjenama mewah seperti sosok yang bernama Nindy Ayunda ini.

Dianggap Selebriti Paling Unik

Kalau di Malaysia, Nindy Ayunda ini bisa dianggap seperti Neelofa. Meskipun kecantikan wajahnya tidak seberapa, tetapi selera fesyennya sangat mahsyur -membuatkan ramai tergamam sekaligus berasa cemburu, lebih-lebih lagi apabila rata-rata item fesyen yang ditonjolkan itu bukan dari label yang calang-calang.

View this post on Instagram

Pakai koleksi terbaru Barbie x @mbymischa 💖

A post shared by Anindia Yandirest Ayunda (@nindyparasadyharsono) on

Bagi yang tidak mengenali Nindy, beliau dahulunya adalah seorang penyanyi pop. Namun rezekinya tidak bertahan lama dalam industri hiburan dan sejak itu, beliau beralih dengan memfokuskan diri terhadap fesyen dan ya, Nindy kini berjaya dikenali sebagai antara ikon fesyen paling gah di Indonesia.

View this post on Instagram

Anginnya nakal 😆🌪

A post shared by Anindia Yandirest Ayunda (@nindyparasadyharsono) on

Untuk itu, jom sama-sama kita kenali serta amati fesyen paling cun yang pernah digayakan Nindy.

#1 Little Black Dress

#2 Setanding Kylie Jenner!

#3 Moschino Baby

#4 Inspirasi Kimono

#5 Berani Dengan Oren

#6 Sensual Denim

View this post on Instagram

All denim everything 💙

A post shared by Anindia Yandirest Ayunda (@nindyparasadyharsono) on

#7 Tukar Oversized Coat Jadi Dress

#8 Baju Hamil Comel!

Apa-apa pun bagi penulis, salah satu elemen paling penting dalam berfesyen ini adalah kita memerlukan  keyakinan diri yang tinggi bahkan seseorang itu perlu sanggup untuk melabur bajet yang besar dalam mendapatkan helaian-helaian fesyen rare.

Suatu ketika, Nindy atau nama sebenarnya Anindia Yandirest Ayunda pernah diejek kerana bentuk tubuhnya yang agak gempal, namun wanita tabah ini tetap meneruskan minatnya untuk berfesyen bahkan tak pernah sedikit pun mengambil hati dengan komen-komen negatif netizen.

Ada sesiapa di sini yang berkeinginan untuk menjadi seperti Nindy?! ❤

RUJUKAN