Fesyen

Yay! Akhirnya PUMA & Barbie Bergabung Untuk Koleksi Sepatu Comel Ni

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Yay! Akhirnya PUMA & Barbie Bergabung Untuk Koleksi Sepatu Comel Ni

Snekers adalah sepatu universal yang begitu popular dalam kalangan peminat fesyen hari ini. Diinspirasikan dari gabungan gaya jalanan yang hip dan klasik, baru-baru ini PUMA sekali lagi tampil dengan koleksi sepatu Suede terkini dan ia merupakan kolaborasi sulung bersama dengan jenama Barbie!

Dihiasi perincian comel seperti simpulan riben, koleksi PUMA x Barbie Suede 50 ini mempunyai dua versi pilihan termasuklah Raspberry Pink dan Black.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Tidak hanya terhad dengan kasut, koleksi PUMA x Barbie turut dimeriahkan dengan persalinan sukan  lain termasuklah jaket, seluar bersukan jenis thights, topi, beg sandang dan banyak lagi. Apa yang menarik adalah setiap satunya turut diabadikan dengan corak cetakan monogram yang sarat dengan logo Barbie untuk sensasi feminin yang mengujakan buat si pemakai.

Antara fabrikasi mewah yang dimanfaatkan untuk koleksi ini pula adalah satin, dibentuk menjadi riben perincian pada kasut dan beg manakala material tahan lasak pada baju dan seluar dalam koleksi PUMA x Barbie pula mampu meregang untuk keselesaan si pemakai apabila bergerak aktif.

Foto -Arkib Wanista

Kesemua koleksi ini boleh dibeli dari pengedar barangan PUMA yang sah pada 6 Disember nanti.