Kata orang, “Tiada lelaki yang boleh memakai pakaian wanita namun wanita boleh memakai pakaian lelaki”.
Apabila berbicara soal fesyen umumnya, rata-rata wanita sebenarnya lebih gemar menggayakan seleksi helaian bergermalapan yang memiliki potongan feminin. Namun, tahukah kamu seorang wanita sebenarnya bisa kelihatan lebih seksi dan sensual andai dia memakai helaian pakaian lelaki seperti padanan suit?
Melihatkan tahun 2018 yang hampir melabuhkan tirai, jom kita imbas kembali 8 selebriti wanita paling gah pernah menggayakan persalinan suit sepanjang tahun ini!
#1 Jane Fonda
Biarpun usianya sudah menjangkau 80 tahun, Jane masih anggun dengan padanan suit merah terang, digayakan pula dengan pakaian bahagian dalam rona fuchsia memikat! Nampak lebih kemas dan moden bila dililit bahagian pinggang dengan tali pinggang senada.
#2 Cate Blanchett
Sarat dengan glitter dan sulaman manik, Cate masih kelihatan ayu dan berserdehana dalam pemilihan aksesori dengan hanya menggayakan sebelah anting-anting sahaja untuk menyeimbangkan penggayaan fesyen suit ini… Bijak!
#3 Kendall Jenner
The most sexy girl in town!
#4 Laura Harrier
Blazer rona lain, seluar rona lain… Tiada masalah bagi Laura untuk tampil unik biar dengan padanan suit tidak senada. Maintain cantik!
#5 Madeline Brewer
Suit dengan padanan kemeja berpotongan crop-top? Why not!
#6 Judith Light
Masih mengekalkan momentum yang berjiwa wanita. Untuk meleraikan kebosanan fabrik polos, Judith memilih persalianan suit yang dihiasi cetakan bunga penuh -kelihatannya seperti dibuat menggunakan material tenunan sutera (brocade) rona hijau nilam.
#7 Ciara
Kunci kelainan persalinan suit dipakai Ciara ini adalah tertumpu kepada fabrikasinya yang berasaskan denim. Cantik sangat!
#8 Naomie Harris
Meski kulitnya agak gelap, Noamie berani tampil menonjol dengan persalinan suit berona kuning terang!
PILIHAN WANISTA!
Emma Stone
Sesungguhnya, tiada sesiapa dapat menandingi Emma Stone kala menggayakan persalinan Suit. Kalau kamu perasan, Emma Stone adalah antara bintang popular wanita yang rajin benar menggayakan pakaian lelaki -berasaskan seluar dan kot ini. Tak percaya boleh Google.
Mungkin kalau kamu sukakan kelainan, bolehlah tiru gaya-gaya artis ini menggayakan padanan suit! Nampak classy sangat! ❤