Gilang-gemilang, Priyanka Chopra dan Nick Jonas dilaporkan akan berkahwin di sebuah istana.
Menurut Insider yang diambil dari Vogue, Chopra dan Jonas memilih mengadakan majlis perkahwinan di Istana Umaid Bhawan di Jodhpur, Rajasthan, India.
Pasangan itu akan mengikat dua kali perkahwinan pada hari Ahad – pertama adat istiadat tradisional India dan kemudian dalam cara Kristian yang dikelolakan oleh bapa Jonas sendiri.
Untuk adat istiadat India, Nick Jonas akan mengenakan sut bangsawan lelaki India dan menunggang kuda. Penyanyi itu memahami betapa pentingnya Priyanka untuk tetap berpegang pada latar belakangnya dan mahu dia mempunyai perkahwinan yang terbaik.
Fakta Istana Umaid Bhawan
Dibina pada tahun 1943, Istana Umaid Bhawan masih menempatkan bekas keluarga yang berkuasa di Jodhpur. Terletak di atas keluasan 26 ekar tanah, istana ini menempatkan hotel dan muzium lima bintang dan mempunyai 347 bilik, menjadikannya salah satu kediaman peribadi terbesar di dunia. Menurut Architectural Digest, istana Umaid Bhawan terkenal sebagai lokasi perkahwinan ramai selebriti serata dunia.
Wow gah sungguh perkahwinan Priyanka dan Nick. Tak sabar nak tengok Nick tunggang kuda dalam sepersalinan India.