Siapa sahaja yang tak gemar dengan trend fesyen Korea yang sememangnya sudah sebati dengan kebanyakan wanita Malaysia hari ini?
Menurut peneliti fesyen, stail pakaian wanita Korea adalah lebih sopan berbanding mereka di barat. Ini kerana, kumpulan anak gadis dan wanita di Korea lebih gemar mengenakan helaian pakaian yang lebih longgar kerana rata-rata mereka mengutamakan keselesaan yang tidak lari dari gaya hip urban.
Ada pula, seleksi cara melapis pakaian menggunakan teknik layering turut dimanfaatkan dalam pemakaian harian mereka.
Zalora yang merupakan jenama gedung atas talian ternama dan terbesar di Asia sebelum ini pernah berkolaborasi dengan sleebriti dan ikon popular kpop iaitu Jessica Jung dalam memperkenalkan tas tangan rekaannya. Ternyata, jenama Blanc & Eclare itu mendapat sambutan bahkan Zalora kini khabarnya bakal menjayakan keluaran tas tangan Blanc & Eclare yang kedua!
Genit, feminin dan sensasi, tiga perkataan itu sangat sempurna untuk menggambarkan betapa indahnya rekaan tas tangan Blanc & Eclare yang baharu ini. Sesuai digayakan untuk ke acara formal mahupun santai, wanita moden pasti terpikat dan mahu memiliki satu tas tangan ini melihatkan ia lebih praktikal dan versatile berbanding tas tangan gergasi yang kelihatan agak klise.
Terdapat dalam lima rona pilihan yang berasaskan palet pastel dan monokrom termasuk hitam, putih, merah jambu, lavender dan perang, setiap satu tas tangan Blanc & Eclare oleh Jessica Jung for Zalora ini dijual pada harga serendah RM239. Untuk keterangan lanjut, sila klik [JessicaJung For ZALORA].