Hiburan

Pencipta SpongeBob Mati Pada Usia 57, Ini Fakta Menarik Tentang Animasinya

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Pencipta SpongeBob Mati Pada Usia 57, Ini Fakta Menarik Tentang Animasinya

Peneraju siri animasi popular terbitan Nickelodeon “SpongeBob Squarepants” iaitu Stephan Hillenburg dijemput ajal sekitar Isnin lalu pada usia 57 tahun. Menurut sumber, kematian beliau adalah disebabkan sejenis penyakit dipanggil ALS dan ia telah dikesan dihidap Stephan sejak Mac tahun lalu.

Pihak syarikat Nickelodeon terutamanya begitu merasa kehilangan, bahkan menjelaskan bahawa usaha Stephan selama ini sedikit-sebanyak telah merubah industri animasi dunia dengan seleksi bahan lawak yang rata-ratanya menghiburkan semua peringkat umur dari dalam kalangan penonton kanak-kanak hinggalah dewasa.

Sumber: abcotvs.com

Namun begitu, ramai tidak tahu bahawa watak SpongeBob serta jalan cerita hidupnya sebenarnya banyak menyimpan misteri di sebalik identitinya yang cuma dikenali sebagai sekeping span kuning. Untuk pengetahuan semua, jom Wanista kongsikan bersama.

#1 Nama SpongeBob Asalnya “SpongeBoy”

Sejak berkurun lamanya, barulah kali ini penulis tahu bahawa nama yang hendak diberikan kepada watak span kuning berkaki dua itu pada asalnya adalah “SpongeBoy”. Walau bagaimanapun, Stephan terpaksa menarik balik nama tersebut kerana ia telah diguna pakai dan merupakan hak pemilikan sebuah jenama pengeluar mop lantai.

Sumber: vanityfair.com

#2 Squidward Bukan Sotong Biasa!

Meski ramai menganggap Squidward adalah seekor sotong kecil yang bengis, ia sebenarnya adalah seekor Kurita. Kalau kamu boleh lihat, Squidward cuma memiliki 6 kaki berbanding seekor sotong biasa yang lazimnya mempunyai lebih banyak kaki.

Sumber: spongebob.wikia.com

#3 SpongeBob Sejenis Kulat Laut

Pengkaji di San Francisco State University menjelaskan bahawa nama “Sponge” yang diberikan kepada SpongeBob sebenarnya dizahirkan daripada sejenis kulat/cendawan laut yang dipanggil “Sea Sponge”.

Sumber: yandex.com

#4 Siri Animasi Paling Lama Di Nickelodeon

Mengalahkan siri animasi Rugrats yang cuma memiliki 172 episod, SpongeBob Squarepants mengalahkan semua siri animasi yang ditayang di Nickelodeon dengan memegang rekod sebagai kartun paling lama disiarkan menerusi saluran kegemaran kanak-kanak itu dengan lebih 200 episod!

Sumber: Change.org

#5 Bikini Bottom Memang Wujud

Tahukah kamu bahawa Bikini Bottom adalah kota dalam air sebenar yang berada di bawah sebuah pulau bernama Bikini Atoll, berlokasi di Micronesia.

Sumber: duniaku.net

#6 SpongeBob Berusia 32 Tahun

Umur sebenar SpongeBob pernah didedahkan dalam salah satu episod yang memperlihatkan foto lesen memandunya di mana, SpongeBob telah dilahirkan pada 14 Julai 1986 dan dia kini genap berusia 32 tahun.

Sumber: lolwhat.com

#7 Krusty Krab Adalah Jala Perangkap

Masuk akal kenapa Mr. Krab sering sekali duduk di dalam Krusty Krab, ini kerana dia sebenarnya terperangkap dalam jala perangkap yang telah diubah menjadi restoran bernama Krusty Krab!

Sumber: Complex.com

Apa-apa pun, Stephan Hillenburg akan sentiasa diingati dan ternyata, beliau merupakan seorang individu yang begitu berwawasan bahkan berjaya memberi inspirasi kepada ramai orang sehinggga kini. RIP.

RUJUKAN 1, 2, 3, 4