Cinta & Perhubungan

Sila Elak Bercakap 5 Topik Ni Bila Pertama Kali Keluar Dating

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Sila Elak Bercakap 5 Topik Ni Bila Pertama Kali Keluar Dating

Pernah tak anda berdepan dengan situasi di mana tiba-tiba rasa senyap dan sunyi ketika dating?

Seperti tiada satu perkataan yang keluar bila temu janji, dua-dua hanya mampu diam membisu tanpa bunyi, moment ‘krik-krik’ mula berlaku. Mungkin si dia kelu lidah untuk berkata ataupun bosan.

Bila perkara sebegini terjadi, apa yang perlu dilakukan. Takkan salah seorang tidak mahu mulakan langkah. Apa kata cuba untuk kenali isi hati pasangan. Gunakan masa yang ada untuk korek hal peribadinya, ketahui perihalnya. Cuba berkongsi cerita satu sama lain. Apa yang dia suka dan tidak suka, inilah masanya. Tapi nak bercakap kena tahu topiknya, jangan sesekali hentam keromo takut silap hari bulan itu kali terakhir kamu berjumpa dengannya.

Giphy

Wanista beritahu LIMA topik kamu patut elak dari berborak ketika keluar dating!

Politik

Cuba bayangkan scenario, kamu pertama kali berjumpa dengannya dan tiba-tiba mengeluarkan topik tentang isu semasa dunia politik, bukankah itu hanya mengundang… dan lagi teruk kalau si dia dari parti yang berbeza. Lagipun tak semua orang mengikuti hal politik, jadi sila elakkan.

Agama

Sama seperti hal politik. Subjek ini boleh membawa kepada banyak perdebatan yang hangat, yang nanti membuatkan kamu berdua memendam rasa yang kurang enak. Biarkan ia ketepi untuk first date.

Bekas Kekasih

Ya, sama ada bekas teman lelaki atau bekas teman wanita. Tiada siapa yang suka mendengar kamu mengadu tentang cinta hati lama, malah ia hanya memberi tanggapan negatif terhadap diri kamu.

Wang Ringgit

Satu lagi topik yang boleh menjadi agak sensitif. Tak perlu rasanya nak jaja dengan pendapatan yang anda perolehi, nanti si dia merasakan anda seorang yang riak dan suka menunjuk.. Mesti tak mahu dicop sebegitu pada first date kan..

Seks

Dengar pun menakutkan apatah lagi terang-terang bercakap tentang topik yang sensitif ini. Bercakap satu hal, ada yang tanpa segan silu menghantar gambar berunsur kotor. Kalau jumpa dengan orang sebegini, ucapan selamat jalan romeo je…

Baca: Kalau Lelaki Lakukan 3 Perkara Ni Ketika Dating, Maka Tinggalkan Saja…

Must-Have List

Ini first date, bukannya sesi terapi. Di mana anda perlu menceritakan perihal kriteria anda mencari pasangan hidup sama ada doktor atau peguam, yang menyukai kucing, melawat ibu bapanya setiap minggu, mempunyai hobi sampingan dan pelbagai lagi. Tiada siapa yang mahu membuat pemeriksaan pengukuran diri ketika first date.

Sekarang jelas dah? Selamat Beramal dan Semoga Semuanya Baik-Baik Belaka!