Kedua wanita kembar seiras ini pernah menggemparkan dunia kerana mereka kelihatan sama dan berkongsi apa sahaja termasuklah teman lelaki.
Sanggup menghabiskan lebih daripada $200,000 untuk operasi pembedahan plastik bagi kelihatan sama seperti satu sama lain. Kembar seiras kelahiran Australia, Anna dan Lucy DeCinque berkongsi segala-galanya – media sosial, pekerjaan, rumah, kereta, dan juga teman lelaki. Mereka tidak boleh dipisahkan, pergi ke nurseri yang sama, pergi sekolah yang sama, mereka juga mendaftar di kolej yang sama.
Suatu ketika dahulu semasa mereka kemaruk untuk kelihatan seiras…
Kini, di usia mereka 33 tahun, kedua beradik ini malu dengan wajah palsunya dan mulai mencintai wajah semulajadi yang baru. Mereka telah berhabisan membayar prosedur kosmetik untuk memperbaiki kecacatan dan menyesal dengan tindakan yang dilakukan selama ini, semata-mata kemarukkan kecantikan.
Debut wajah baru yang lebih natural..
“Kami benar-benar tidak tahu kenapa melakukan semua perkara itu kepada diri sendiri,” jelas Anna dalam temu bual yang mengakui melakukan segala-galanya dari muka, bibir, kulit badan sehinggalah ke penyambungan rambut.
Sekarang nampak lagi better...