Berita & Isu Semasa

IKEA Gesa Pulangkan Balik Meja GLIVARP

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
IKEA Gesa Pulangkan Balik Meja GLIVARP

IKEA Malaysia menggesa semula pelanggan memulangkan kembali meja model GLIVARP ekoran aduan ramai berkenaan bahagian sambungan pada meja berkenaan yang mudah tertanggal.

IKLAN

Untuk itu, para pelanggan yang sudah pun membeli meja tersebut boleh memulangkan kembali produk tersebut pada mana-mana cawangan IKEA yang berhampiran tanpa perlu sebarang bukti mahupun resit pembelian.

Meja boleh laras model GLIVARP. Sumber: IKEA

Melihatkan IKEA yang sentiasa komited terhadap perihal keselamatan, pengguna perlu jelas umumnya bahawa setiap satu produk yang dikeluarkan IKEA adalah bekualiti dan telah menjalani beberapa siri ujian ketahanan sebelum dipasarkan.

Meja boleh laras model GLIVARP. Sumber: IKEA

Biarpun terdapat beberapa laporan berkenaan meja boleh laras model GLIVARP, sehingga kini, tiada sebarang aduan tentang kecederaan. Sesungguhnya, keselamatan pengguna adalah tanggungjawab dan keutamaan IKEA.

IKEA turut memohon maaf di atas segala kesulitan yang disebabkan produk berkenaan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan IKEA di 03-7952 7575.

Lampu siling IKEA model CALYPSO. Sumber: IKEA

Sebelum ini, IKEA pernah menggesa pelanggan untuk memulangkan lampu siling model CALYPSO kerana risiko rumah lampuu yang tertanggal dan terjatuh.