Tips - Kecantikan

Si Kulit Berjerawat Lebih Baik Pakai BB Cushion Berbanding Foundation

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Si Kulit Berjerawat Lebih Baik Pakai BB Cushion Berbanding Foundation

Siapa yang mempunyai masalah jerawat mungkin tahu betapa peritnya hendak mengangkat muka untuk berjumpa dengan orang ramai. Sehingga ada satu tahap terpaksa mengoles foundation dengan tebal kononnya untuk tutup kesan jerawat. Namun cara begitu boleh memberi kesan yang lagi teruk pada kulit. Kemungkinan formula berat foundation menyumbatkan pori-pori dan beri iritasi pada bahagian kulit yang bermasalah.

Jadi sebenarnya apa boleh buat? Iyalah..rutin penjagaan kulit sudah dijaga rapi bagaimana pula kalau hendak bersolek? Takkanlah tiada base seperti foundation..eiii buruk!

Jawapannya, anda perlu bertukar foundation kepada BB cushions.

Rupanya mereka yang mempunyai masalah jerawat bermanfaat menyapu BB cushion. Ini alasannya… 

Tekstur ringan

Formulasi BB cushion lebih ringan dan halus berbanding foundation. Kesan dari itu si pemakai lebih mudah mencuci mekap sekaligus tidak meninggalkan sebarang kesan pori-pori tersumbat. Jangan risau kebanyakan BB cushion yang dijual boleh diubah suai coverage pada natural to medium.

Foto – gwcaia.com

 Kebaikan dalam satu kompak

Sama seperti foundation, BB cushion juga mempunyai perlindungan matahari dan mampu menutup noda pada wajah anda. Namun apa yang lagi menarik, ia ditambah kebaikan memberi kelembapan dan merawat masalah kulit seperti acne-prone kerana BB cushion bebas minyak (oil-free).

Foto – Shape Singapore

Pelbagai pilihan

BB Cushion menawarkan pelbagai pilihan khusus untuk manfaat si kulit pemakai. Ada yang untuk mencerahkan, mengecilkan pori-pori, mengurangkan penuaan, membaiki semula tekstur kulit dan banyak lagi! Jadi anda bukan sahaja terlihat cantik natural tapi dalam pada yang sama memperbaiki kulit anda dari setiap pemakaian.

Foto – shopping.line.me
Walaubagaimanapun, BB cushion juga ada kekurangan

Sehingga kini produk BB cushion tidak mesra pelanggan yakni tidak mempunyai tona yang cukup. Paling kurang hanya ada lima tona sahaja yang ditawarkan. Tidak semua orang boleh merasai kebaikan BB cushion dan kelihatan natural cantiknya.

Foto – The Outlet Of My Consciousness

Diharap lebih banyak lagi jenama mengeluarkan produksi rona BB cushion.

Baca: Tak Rugi Kumpul Bekas BB Cushion Laneige Tau… Kenapa Pulak?

Apa pendapat anda? Mahu bertukar pada BB cushion atau masih peminat foundation.