Cuba lihat anak anda sekarang, sedang asyik membelek peranti?
Kepesatan ekonomi seiring kecanggihan teknologi, kita tidak dapat lari dari mengikuti peredaran zaman, nak tak nak kena juga mengikuti perkembangan semasa. Dan ibu bapa sendiri senang memancing anak mereka dengan peranti bagi memudahkan kerja, apatah lagi ketika di tempat awam, mereka sorong ipad, tab mahupun smartphone supaya si kecil tidak buat perangai.
Tidak terkejut jika ada anak kecil ini sudah mempunyai akaun media sosial seperti Instagram dan Facebook. Ada yang sudah terdedah dengan trend fesyen semasa supaya anak mereka tidak ketinggalan.
Contoh terbaik ketika Minggu Fesyen Seoul, rata-rata kanak-kanak ini mengalahkan orang dewasa dalam bab bergaya. Cara mereka menyuai padan setiap fesyen jalanan mencuri tumpuan lensa jurugambar dan penggiat fesyen lain. Bukan setakat itu, kanak-kanak ini memakai label mewah seperti Gucci, Off-White, Balenciaga dan pelbagai lagi.
Lihatlah….
#1 Lagak dah macam K-Pop Idol
#2 Bukan main dengan headphone.. Kalah abang-abang raver!
#3 Kecik-kecik dah pakai Gucci Fur. Ko mampu?
#4 Tak panas ke dik pakai bulu-bulu…
#5 Macam gadis Parisian pun ada. Hebat!
#6 Mak borek, anak rintik.. Bukan main lagi dengan Balenciaga Trainer.
#7 Ni sesuai masuk agensi YG Entertainment. Ada swag!
#8 Umur berapa ni? Hebat bergaya…
#9 Yang ni serba hitam dah macam oppa…
Bayangkan kanak-kanak kecil ini baru bawah 10 tahun okay…. Speechless!