Anda peminat produk Clarins?
Nak tahu sekarang pakar penjagaan kulit Perancis, Clarins membuka kedai mereka di Mid Valley Megamall.
Penulis sendiri menyaksikan sesi pelancaran gilang-gemilang ini, kedai kecantikan dengan 1,130 kaki persegi menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang luas serta pelbagai. Selain dipenuhi dengan produk baru dan lama seperti penjagaan kulit wajah, kosmetik, badan serta penjagaan lelaki, Clarins mempunyai ruang spa untuk memberi pengalaman spa kepada para pelanggan menghalusi lebih mendalam tentang kulit mereka.
Menarik lagi, setiap ruang mempunyai nama tersendiri – Travel Zone . Iconic & New Product Section . Sample Wall . Maternity Corner . Gift Wrapping . Make-up Area . Relaxing Lounge . Open Spa Expertise.
Yang pasti kedai ini akan menjadi destinasi kecantikan sehenti buat pelanggan.
Lawat Clarins di Lot F-007, First Floor Centre Court, Mid Valley Megamall atau ke layari laman web www.clarins.com.my.