Makanan

Roti “Chicken Floss” Paling Sedap Ada Di BreadTalk Avenue K!

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Roti “Chicken Floss” Paling Sedap Ada Di BreadTalk Avenue K!

Minggu lepas penulis berpeluang menghadiri pelancaran kedai konsep roti BreadTalk kelahiran Singapura yang membuka cawangan di Avenue K.

Ditubuhkan di Singapura pada tahun 2000, BreadTalk telah berkembang menjadi rantaian bakeri yang sangat popular dengan pelbagai roti dan kek. Menampilkan konsep dapur terbuka, kedai konsep BreadTalk memberi pengalaman kepada pelanggan untuk melihat sendiri pembuatan roti dan kek yang lebih telus. Menarikkan?

Wajib Cuba Sebab Paling Sedap!

Floss Bun – Miliki tekstur roti yang sangat lembut dilapisi floss ayam paling sedap serta mengenyangkan. Patut cuba spicy chicken floss, serius sedap walaupun pedas!

Foto – Facebook BreadTalk

Golden Lava Mini Croissant – Siapa peminat telur masin, wajib beli! Telur masin yang berkuah dimasukkan ke dalam roti croissant segar dan buttery.

Foto – Facebook BreadTalk

Terletak di Level C, bertentangan dengan pintu masuk stesen LRT KLCC, BreadTalk dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.

Sebelum ke pejabat, jangan lupa borong roti dan kek di sini ye.. Selamat Menjamu Selera!