“Eh, lambat datang haid tapi takkanlah mengandung pula”?
Kalau wanita yang belum berkahwin, pasti bingung setiap kali terlewat datang haid. Ada pula jenis orang yang haid datang setahun sekali. Tapi apa sebenarnya masalah yang dihadapi?
Apakah ianya normal dan boleh dibiarkan berterusan tanpa mendapatkan nasihat gara-gara malu berjumpa doktor dan pakar? Jom Wanista senaraikan sebab lain yang membolehkan kamu tidak datang haid dan ianya bukanlah kerana hamil semata-mata.
#1 Tertekan
Biar betul! Tertekan pun rupanya boleh menjadi salah satu sebab kamu terlambat atau tidak datang haid langsung bulan itu. Perubahan gaya hidup drastik yang mempengaruhi rutin harian kamu sebenarnya sedikit-sebanyak bisa mengganggu kitaran haid. Jaga-jaga…
Bukan itu sahaja, hormon GnRH kurang dihasilkan oleh badan ketika stress, lalu menjejaskan proses ovulasi dan menstruasi anda.
#2 Senaman Aktif Terlampau
Sesetengah daripada kamu mungkin melakukan lebih banyak senaman ketika dalam proses menjayakan diet anda. Oleh itu, tubuh biasanya akan mengambil sedikit masa untuk beradaptasi dengan perubahan ini. Period yang datang lewat mungkin akan berlaku selama beberapa bulan sebelum dapat disesuaikan dengan tubuh anda.
#3 Kegemukan
Kamu sedang mengalami penambahan berat badan secara mendadak. Oleh itu, pastikan anda mengubah corak pemakanan anda secara perlahan-lahan dan tidak terlalu membuat perubahan drastik. Keadaan ini boleh mengganggu keseimbangan hormon lalu menjejaskan pusingan haid anda.
#4 Perjalanan Jauh
Perjalanan jauh yang memakan masa panjang, terutamanya yang melibatkan perubahan zon waktu, musim, persekitaran dan sebagainya turut menjadi punca lewat haid.
#5 Pra-Menopaus
Sebelum anda memasuki tempoh menopause atau ‘putus haid’, anda akan melalui tempoh fasa pra-menopause.
saat itu, period anda mungkin menjadi kurang dari segi jumlahnya atau jumlah hari. Selain itu, tempohnya juga datang secara tidak berkala, bukannya normal seperti selalu.
BACA: Waktu Ngeri Untuk Semua Wanita, Simtom & Cara Kawal Menopause
Apa-apa pun, kamu sebenarnya tak perlu cepat panik andai kata terputus haid. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari doktor dan jangan malu berkongsi masalah oaky? Selamat beramal!