Penjagaan rambut sangat penting buat semua wanita. Lebih-lebih lagi untuk yang berhijab, mahukan syampu yang memberi kesegaran, keselesaan dan menjaga rapi.
Untuk pengetahuan semua, Syampu Follow Me Teh Hijau kini disahkan Halal dan dibuat sesuai untuk pemakai Hijab. Dirumuskan dengan teh hijau dan ekstrak tumbuhan, Syampu Teh Hijau membantu menguatkan rambut dari akar dan memberikan pengguna rambut yang lebih sihat dan lebih mudah diurus.
Diformulakan dengan bahan-bahan seperti Polyphenol (sejenis sebatian semula jadi yang terdapat dalam ekstrak Teh Hijau), Vitamin C dan Vitamin E, Syampu Follow Me Teh Hijau 6 in 1 membantu mengatasi semua isu ini pada satu masa. Manfaat Syampu Follow Me Teh Hijau 6 in 1 adalah sesuai untuk wanita Muslim dengan hijab kerana ia menghilangkan bau kulit kepala, melegakan kegatalan kulit kepala, membantu mengurangkan kelemumur, menghalang rambut gugur, dan menghaluskan rambut sambil memberi kesan penyejukan; memastikan bahawa pemakai hijab mendapat pengalaman yang menyenangkan apabila menggunakan syampu kami. Dengan pengesahan Halal, kini wanita Muslim boleh menggunakan produk Follow Me tanpa keraguan untuk menangani masalah rambut.
Kedua-dua Syampu Follow Me Teh Hijau (320ml/650ml) dan perapi (320ml/650ml) dijual pada harga RM10.28 dan RM17.83. Ia boleh didapati di semua pasar raya utama, dan farmasi terpilih bermula November 2018.