Cinta & Perhubungan

Alasan Kuat Kenapa Wanita Pencinta Kucing Terbaik Dijadikan Isteri

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Alasan Kuat Kenapa Wanita Pencinta Kucing Terbaik Dijadikan Isteri

Kucing. Siapa sahaja yang tak sukakan kucing.

Penulis pasti semua orang tahu bila seseorang itu pencinta haiwan maksudnya dia miliki sifat penyayang, penyabar, suka menolong, hati yang baik dan menurut pakar wanita seperti ini sangat sesuai dijadikan isteri. Betul ke?

#1 Penyayang

Kita sendiri maklum membela kucing memberi kesan banyak aspek kepada kehidupan manusia seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental, cara hidup dan sebagainya. Jadi, jika sesuatu berlaku pada si kucing, pasti si dia sanggup lakukan apa sahaja untuk yang si comel yang tersayang.

View this post on Instagram

#BLACKPINK#LISA#블랙핑크#리사#리오 💕LEO💕

A post shared by LISA (@lalalalisa_m) on

#2 Bertanggungjawab

Sejak dia nekad mahu membela kucing, maknanya dia sudah bersedia dengan tanggungjawab. Dia bawa si comel berjumpa dengan doktor apabila memerlukannya, membersihkan makanan, membuang najis dan pelbagai lagi secara teratur. Dia menganggap diri sebagai ibu kucing, jadi tanggungjawab ini sudah sebati secara semulajadi.

#3 Mudah Berkomunikasi

Sebagai contoh kalau kita lihat mereka selalu berborak dengan kucing, meluahkan perasaan pada kucing kesayangan nya. Kerana selalu berkomunikasi dengan kucing dia tahu jika dia tidak selalu berkomunikasi dengan pasangannya pasti akan terjadi masalah dalam hubungannya.

#4 Setia

Tiada siapa hadir di antara dia dan kucing. Bayangkan saja walaupun sepenat mana dia bekerja pasti akan meluangkan masa bersama dengan kucingnya, setia menanti. Dan semestinya wanita tersebut akan melakukan perkara yang sama untuk bakal suaminya.

#5 Suka Menolong

Jika dilihat ada kucing yang meminta makanan, tanpa segan silu dia cepat-cepat memberikan makanan. Ada kucing sakit pasti dia akan hulurkan pertolongan. Pantang nampak episod duka si kucing terus terbit rasa sedih.

Tahukah…

Membela kucing dipercayai terapi emosi paling baik. Satu kajian oleh Universiti Colombia mendapati kajian aktiviti bersama haiwan kesayangan anda terutama kucing dapat meningkatkan hormon serotonin dalam badan anda. Hormon serotonin berfungsi untuk mengawal mood, mengurangkan emosi negatif dan membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia. Sekaligus, dapat mengurangkan tekanan perasaan dan kesunyian dalam diri manusia. Kajian juga mendapati mereka yang berada dalam kemurungan boleh sembuh dengan berinteraksi dengan kucing.

Gif – Animations

Jadi, siapa yang takut kucing mula dekatkan diri dengan mereka…hehe

RUJUKAN :123