Masih ingat lagi akan kehangatan kek ‘titisan hujan’ yang pernah popular di Jepun dan Amerika Syarikat suatu masa dahulu? Ala bentuknya persis agar-agar sahaja tapi biasalah kalau orang luar buat sekelip mata mendapat tumpuan dunia.
Baca: Info Menarik! Kek ‘Titisan Hujan’ Jadi Kegilaan di Jepun & Amerika
Cumanya agar-agar yang Wanista ingin perkenalkan kepada anda terlalu cantik sehingga rasa sayang nak makan…
Dibuat oleh Jelly Alchemy menggunakan jeli rumpai laut dan pewarna semulajadi. Memulakan pengembaraan sekitar lebih dari dua tahun lalu, tetapi segalanya terhenti apabila pada tahun 2017, pemilik Jelly Alchemy didiagnosis dengan kanser payudara peringkat 3.
Walaupun terpaksa berhenti seketika kerana menjalani rawatan, dia tidak patah semangat melakukan apa yang dia suka. Masa lapangnya, dia memberi tumpuan membuat agar-agar 3D. Sedikit sebanyak dapat mengalih tumpuannya dari kesakitan fizikal dan pemikiran negatif.
Setiap bahagian dicipta secara terbalik dan boleh mengambil masa sehingga 4 jam untuk disiapkan. Bunga dibuat setiap kelopak ke kelopak menggunakan kaedah suntikan dengan alat khas. Ia memerlukan kreativiti dan kesabaran untuk mencipta setiap bahagian!
Selain cantik, rasa untuk setiap agar-agar juga menyegarkan. Agar-agar 3D disediakan dalam pelbagai perisa seperti laici, kelapa, mawar, pic dan lain-lain.
Terlalu cantikkan… Nak tengok, pergi sahaja ke Instagramnya!