Orang lain berhempas pulas di gimnasium untuk mendapatkan six pack tapi tidak pada lelaki yang satu ini.
Prosedur yang dipanggil Abdominal Etching yang baru-baru ini mendapat perhatian merupakan prosedur kosmetik serupa dengan liposuction. Ia bertujuan untuk membuang lemak bagi membentuk semula dan kontur kawasan abdomen.
Tidak seperti liposuction tradisional yang menghilangkan semua lemak dari kawasan yang dikehendaki, Abdominal Etching meninggalkan sedikit lemak yang diletak untuk menambah bahagian otot yang diinginkan. Dalam erti kata lain, ia memberi pesakit six pack yang diimpikan.
Walaubagaimanapun, prosedur direka untuk individu sibuk yang tidak mempunyai masa untuk pergi ke gimnasium dan mahu memilih jalan pintas, cumanya ia lebih rumit. Mengambil masa yang lama untuk pulih disamping berpantang dalam makanan dan menahan kesakitan tapi ternyata ia menggembirakan lelaki asal Korea ini.
Lihat perubahan sebelum dan selepas… sangat ketara perbezaannya.
Sayangnya buang duit macam tu je…