Cinta & Perhubungan

Cemburu! Lihat Gambar Comel Sangat Tun M & Tun Siti Hasmah

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Cemburu! Lihat Gambar Comel Sangat Tun M & Tun Siti Hasmah

Kalau anda fikir pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin atau Hairul Azreen dan Hanis Zalikha paling sweet di Malaysia sebenarnya anda silap!

Dua individu ini yang paling layak digelar couple goals sepanjang hayat iaitu Tun Dr Mahathir dan isteri, Tun Siti Hasmah.

Gelagat mereka sering sahaja mendapat perhatian walaupun jarang sekali menunjukkan tingkah mesra. Yelah, cinta orang dulu-dulu tak perlu nak tunjuk di khayalak ramai. Bukan macam sekarang, sikit-sikit update kat Instagram stories.

Baca: Manis Dan Ayu, Ini Gaya Fesyen Tun Siti Hasmah Kita Tak Perasan

Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah mula berkenalan ketika sama-sama menuntut di kolej perubatan King Edward VII College of Medicine di Singapura. Jika anda cukup bangga dengan relationship anda yang berusia 3 bulan itu, Tun M dan Tun Siti Hasmah pula sudah 62 tahun!

Foto – Google

Wanista ingin berkongsi gambar-gambar pasangan comel ini dari Instagram rasmi Tun M sendiri.

#1 Kalah pasangan muda, bila bergambar candid berdua!
#2 Malu-malu sahaja nak berpimpin tangan
#3 Okay dah boleh tahu, Tun Siti Hasmah manja orangnya.
#4 Masih lagi romantis bertentangan mata..
#5 Pandai pula Tun M nak berswafoto, Tun Siti pula buat-buat tak nampak. Eceh!

Wanista cukup cemburu melihatkan gelagat pasangan ini. Sama-sama dapat mengharungi susah senang sehingga berusia lewat 90 tahun. Diharapkan kita semua juga mempunyai hubungan yang bahagia seperti mereka. Amin.