Keibubapaan, Kembara

Jom Bawa Anak-Anak Main Salji Di Legoland Malaysia Sepanjang Disember!

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Jom Bawa Anak-Anak Main Salji Di Legoland Malaysia Sepanjang Disember!

Teringin nak rasai pengalaman musim sejuk, salji? Tak perlu terbang jauh kerana Legoland Malaysia Resort sedia menunaikan impian anda!

Foto -Arkib Wanista

Legoland Malaysia Resory bakal diberi wajah musim sejuk ‘Brick-Tacular’ dan menyediakan pelbagai kejutan manis sepanjang bulan Disember. Menariknya, taman tema ini akan membawa salji sebenar ke Malaysia bagi memberikan pengalaman musim sejuk yang penuh keajaiban. Setiap 30 minit, para pengunjung dapat menyaksikan penurunan salji di hadapan Big Shop, sekaligus menjadikannya sambutan yang paling unik di Malaysia sempena musim perayaan ini. Para pengunjung juga dapat mengalami pengalaman artik di seluruh taman tema termasuk bar ais krim iglu yang pertama di Malaysia. Di situ, pengunjung juga dapat menikmati snek sejuk serta melihat rusa kutub Lego serta makhluk mitos elf yang menakjubkan!

Foto – Arkib Wanista

Kata musim perayaan, mesti wajib ada pokok krismas! Oleh itu, Legoland Malaysia Resort meneruskan tradisi tahunan dengan memasangkan lampu pada pokok Krismas Lego Duplo tertinggi di Asia Tenggara, yang dibina dengan 427,695 bongkah Lego.

Foto – Arkib Wanista

Sepanjang cuti sekolah, Legoland Malaysia Resort menyediakan harga potongan boleh dinikmati seisi keluarga. Untuk info lanjut, sila layari laman web rasmi www.legoland.com.my.

BACA  Dah Buka! Lihat Gambar SEA LIFE Malaysia Akuarium Terbesar Di Dunia

Selamat Bercuti!