Sudah menjadi norma untuk setiap pengantin memilih gaun kahwin rona putih. Tapi sesekali bila ada warna dan corak, lari dari tradisional ternyata ia cukup indah dan cantik.
Aktres Mandy Moore dalam temu bual bersama People sebelum ini berkata dia tidak mahu elemen tradisional untuk perkahwinan dan siapa sangka gaun pengantin aktres 30-an ini paling cantik pernah Wanista lihat.
Mendirikan rumah tangga dengan Taylor Goldsmith, Mandy Moore memilih tema merah jambu dan putih krim dalam upacara musim gugur yang serba indah itu.
Mandy tampil dalam gaun bertingkat merah jambu lembut dari fabrik tulle dengan perincian manik direka untuknya dari pereka fesyen kelahiran Amerika Rodarte. Gaun tanpa lengan itu dilengkapkan lagi dengan perhiasan vale membuatkan Mandy kelihatan cukup manis di hari bahagianya.
Selepas berkongsi gambar di Instgram, rata-rata netizen membanjiri dengan komen pujian yang menyukai gaun kahwin luar biasa Mandy dan ingin menjadikan inspirasi. Bukan netizen sahaja, penulis pun naik gila melihat gaun merah jambu Mandy sebab cantik yang amat.
Inginkan rekaan yang sama, berikut adalah versi catwalk boleh dijadikan inspirasi.
Boleh tahan warna merah jambu ye….