Idol Hyuna, antara penyanyi wanita Korea yang cukup disegani dan dihormati malah popular serata dunia.
Pernah panas menggemparkan dunia K-Pop dengan berita percintaan bersama bekas ahli kumpulan Pentagon ‘E’Dawn, Hyuna sekli lagi menjadi buah mulut netizen. Kali ini disebabkan perkara lain pula.
Hyuna tampil “naked” tanpa mekap. Naked Face ialah situasi di mana muka kita “telanjang” dari mekap. Menjadi muka depan untuk majalah Grazia Korea edisi Disember, Hyuna dengan berani tampil tanpa sebarang mekap. Walaupun bareface, Hyuna tetap cantik dengan kesan pelembap dan primer untuk memberi seri pada wajah digabungkan dengan gaya pastel seperti denim, kulit, t-shirt polos dan sebagainya.
Siapa sangka Hyuna baru 26 tahun dan debut sejak dibangku sekolah ketika usia 15 tahun. Ternyata mekap tebal menyebabkan ramai salah sangka usia sebenar Hyuna.
Sejak mulakan buku baru, Hyuna kelihatan lebih bahagia dan ceria.. Happy for you!