Tips - Kecantikan

Wanista Ajar 5 Trik Genius Selfie Paling Cantik Berseri!

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Wanista Ajar 5 Trik Genius Selfie Paling Cantik Berseri!

Cepat angkat tangan, siapa suka selfie? Sehari kalau tak selfie tak sah.

Selfie langsung tak ada salahnya, cuma kadangkala anda akan ambil sehingga berpuluh-puluh atau beratus-ratus hanya untuk mendapatkan selfie yang sempurna. Tapi siapa mahu selfie yang burukkan…hurmmm…

Perhati dan belajar dari beberapa bintang Korea kegemaran penulis di Instagram, ini trik genius yang mereka guna boleh anda praktik. Nescaya selepas ini ramai follower puji dan like.

1. Paling penting, jangan tinggalkan pelembap dan primer. Walaupun kesannya tidak kelihatan di dalam foto (seperti anda memakai bedak asas), tetapi ia membuatkan wajah tampak bermaya dan lebih segar. Sebenarnya, inilah rahsia kebanyakan selebriti yang mengambil foto selfie tanpa mekap.

View this post on Instagram

햇살.☀️

A post shared by 이성경 (@heybiblee) on

2. Jika anda mengenakan gincu, jangan sesekali abaikan kesihatan bibir anda. Oleskan pelembap bibir terlebih dahulu sbeelum mengenakan gincu. Gagal mengenakan pelembap bibir akan menyebabkan bahagian itu mengalami kekeringan dan kelihatan pecah-pecah.

View this post on Instagram

🔍

A post shared by NANA (@jin_a_nana) on

3. Ramai yang mekap tanpa meletakkan concealer di bawah mata. Ia sebenarnya sangat penting untuk membuatkan mata anda kelihatan terbuka dan lebih cantik apabila anda menggunakan highlighter pada tulang pipi. Gunakan concealer satu tona lebih cerah dari kulit asal anda untuk mencerahkan wajah anda.

View this post on Instagram

가온차트어워즈✨감사합니다

A post shared by 이지금 (@dlwlrma) on

4. Salah kalau anda hanya mengenakan maskara pada bulu mata atas. Seeloknya, jika mahukan solekan anda pop-out dan mata anda kelihatan besar, anda seharusnya mengenakan masakara pada bulu mata di bahagian bawah juga. Oles dua kali maskara pada bulu mata atas dan satu lapis lagi pada bahagian bawah. Bila nak bergambar, rona maskara terbaik adalah hitam pekat.

5. Kalau tak nak kelihatan terlalu pucat dalam gambar, anda harus kenakan sedikit pemerah pipi pada tulang pipi. Ia akan menyerlahkan bentuk tulang pipi dan membuatkan wajah anda tampak segar. Tidak perlu terlalu merah, pilih rona yang bersesuaian dengan mekap anda ketika itu, jika mahukan rupa natural, maka merah jambu lembut buat si kulit cerah dan pic buat si hitam manis.

View this post on Instagram

D r e a m 🌸 • • • @bulgariofficial

A post shared by Jessica Jung (@jessica.syj) on

Selamat Beramal!