Fesyen

Bukan Biasa-Biasa, Aktres Cantik Ni Ambil Masa Tujuh Jam Melukis Beg Tangan

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Bukan Biasa-Biasa, Aktres Cantik Ni Ambil Masa Tujuh Jam Melukis Beg Tangan

Penulis memang cukup kagum dengan ikon fesyen, youtuber, aktres, penghibur Heart Evangelista. Rasanya sebelum ini penulis ada senaraikan 10 sebab kenapa wanita cantik ini membuatkan team Wanista obses dengannya.

Baca:ย 10 Sebab Wanista Obses Dengan Heart Evangelista, Aktres Cantik Dari Filipina

Selain cintanya pada fesyen, Heart berbakat besar dalam seni lukisan. Oleh itu, dia menggabungkan cintanya untuk seni dan fesyen dengan melukis, Heart memilih tas tangan sebagai tempat untuk ‘meluahkan’ segala buah fikirannya.

Teruja nak tahu bagaimana Heart memulakan karya pada sebuah beg? Baru-baru ini, Heart berkolaborasi dengan pereka Carolina Herrera yang mahukannya melukis pada sebuah beg untuk dipamerkan pada pameran. Demi peminat, Heart berkongsi video bagaimana dia menyiapkan sebuah lukisan pada beg tangan. Menurut Heart, dia mengambil masa selama tujuh jam untuk menyiapkan karya. Seharian mengunci diri dalam bilik tapi hasilnya memuaskan hati Heart.

Tonton video penuh

Hebat betul sebab mampu luahkan segala buah fikiran terus pada beg.