Hiburan

Selongkar Lokasi Perkahwinan Deepika Dan Ranveer Serba Indah Di Itali (Gambar)

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Selongkar Lokasi Perkahwinan Deepika Dan Ranveer Serba Indah Di Itali (Gambar)

Rata-rata netizen tidak dapat move on dengan perkahwinan pasangan kesukaan ramai, Deepika Padukone dan Ranveer Singh yang menamatkan zaman bujang minggu lepas.

Baca: Sah Bergelar Suami Isteri, Deepika Padukone & Ranveer Singh Kongsi Foto Romantis

Mahukan eksklusif dan privasi, pasangan ini memilih Lake Como, Itali sebagai lokasi bersejarah untuk hari bahagia. Kedua-dua disatukan di sebuah Villa del Balbianello di hadapan keluarga dan rakan mereka yang cukup indah dan serba kehijauan disertai pemandangan mengasyikkan.

Perkahwinan mereka diadakan secara tertutup. Dihadiri kaum keluarga dan sahabat terdekat. Foto – Hindustan Times

Memandangkan mereka telah mengharamkan semula telefon dan kamera ketika majlis, ini beberapa gambar villa di mana tempat mereka melangsungkan.

Foto – Hindustan Times
Foto – Hindustan Times
The Villa del Balbianello terkenal sebagai lokasi perkahwinan. Foto – Hindustan Times
Foto – Hindustan Times

Dilaporkan pasangan ini akan mengadakan resepsi di Banglore, India pada 21 November ini.

Fakta Villa del Balbianello

Villa cantik yang dibina pada abad ke-12 banyak dijadikan sebagai lokasi pengambaran filem seperti James Bond dan Star Wars.

Apapun memang cantik Lake Como ni. Kalau korang teringin nak adakan majlis di luar negara, bolehlah mula rancang bajet sekarang!

RUJUKAN