Keibubapaan

Cara Mana Lagi Bagus Didik Anak, Stail Kampung Atau Mat Salleh?

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Cara Mana Lagi Bagus Didik Anak, Stail Kampung Atau Mat Salleh?

Kalau on media sosial ada sahaja rakan-rakan yang berkongsi memes tentang dua perbezaan cara orang Asia dan Barat dalam mendidik anak kecil. 

Kalau di Asia, sebagai contoh Malaysia memang sudah terbiasa dengan pukulan dan jeritan marah-marah. Lain pula di Barat ibu bapa disana hanya memberi denda masa dan memberi nasihat yang dengan lembut sekali. Perkara ini sahaja menunjukkan perbezaan yang amat ketara, namun keduanya ada kebaikan dan permasalahan tersendiri.

Wanista bingkiskan sedikit mengenai cara didikan anak dari dua dunia yang berbeza ini. Selamat membaca.. 

Cara Kampung

Sesuai dengan peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, penulis percaya sifat tegas dan disiplin dalam diri ibu bapa orang Asia bertumpukan pada kata-kata dan ‘ringan tangan’. Kita lebih suka memberi amaran pada anak-anak dengan pukulan (sakit) dan ayat perlian. Cara begini sebagai psikologi terbalik untuk mengajar anak tentang akibat daripada membuat kesalahan iaitu dengan sakit fizikal serta mental.

Foto – youngparents.com.sg

Kesannya, anak-anak lebih berasa takut dan menghormati kuasa yang ada pada ibu bapa. 

Didikan Mat Salleh

Jauh berbeza dari cara kampung, orang Barat memandang pada kepentingan emosi anak-anak. Mereka tidak bermain dengan rotan atau kata-kata mengherdik.

Foto – drjamesbest.com

Kaedah paling tepat untuk si kecil jika membuat kesalahan ialah dengan mengamalkan konsep ‘fikir kesalahan anda’. Iaitu dengan denda ‘times out’, si anak dilarang untuk keluar bermain atau keluar dari bilik sehingga mengaku kesalahan yang telah dibuat.

Foto – theAsianparent Malaysia

Sikap terbuka oleh ibu bapa Mat Salleh kadangnya membuatkan sikap anak mereka lebih santai tentang pendidikan dan tanggungjawab dalam rumah. Jika kena dengan para mak bapak Asia belum lagi lahir si anak sudah menyimpan wang untuk pendidikan, malah kerja rumah harus dilakukan bersama-sama. 

Pendapat peribadi penulis sendiri ialah ia bergantung tentang situasi, budaya dan pergaulan kita serumpun. Jangan terlalu ikut perkara bukan diatas kemampuan sendiri mahupun perkara yang tidak dapat diterima anak. 

BACA  Masih Tiada Anak? Bersyukurlah Sebab Masih Boleh Rasa Nikmat…