Tips - Fesyen

Tips Gayakan ‘Winter Fashion’ Walaupun Cuaca Panas Di Malaysia

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Tips Gayakan ‘Winter Fashion’ Walaupun Cuaca Panas Di Malaysia

Datangnya akhir tahun pasti muncul lambakan fesyen inspirasi dari musim sejuk. Memang teringin betul ingin mengenakan ala-ala wanita di kota raya New York. Berkot tebal dan memakai but kaki yang sampai ke lutut! 

IKLAN

Namun mustahil lah kalau di Malaysia, iyalah siapa sahaja yang boleh tahan berpakaian tebal dengan cuaca panas terik. 

Sebenarnya untuk dapatkan vibe winter fashion itu boleh sahaja, anda tak perlu pun atas dan bawah dengan pakaian tebal. Cara paling mudah ialah dengan mengenakan aksesori dan warna yang tepat. 

Nah, ikut step by step dari Wanista dibawah. 

#1 Skarf nipis

Anda boleh tambahkan lilitan skarf nipis dari fabrik chiffon. Ini sebagai ganti neck muffler ala mat salleh yang tebal. Kenakan gaya yang ikatan yang longgar supaya tidak terlalu ketat suapaya selesa sepanjang hari.

Foto – topsimages.com
#2 Kardigan

Cara ini memang ramai yang dah buat kalau ke panggung wayang atau bersiar pada waktu malam kan? Jadi kenakan kardigan labuh dan nipis sebagai pakaian luar. Untuk lebih menarik pilih kardigan yang mempunyai hoodies atau kardigan dari kain kait.

Foto – Lulu Dot
#3 But

Oh yes! Semestinya but adalah salah satu trademark ketika musim sejuk. Jika anda tidak selesa untuk memakai but yang panjang, cukuplah untuk mencuba dahulu but paras buku lali.

Foto – Pinterest
#4 Rona gelap

Nak naikkan aura kesejukan, anda boleh pilih dari rona-rona gelap seperti merah gelap seperti maroon atau burgundy. Tidak pun biru gelap, kelabu dan apa sahaja yang beri vibe snow.

Foto – radiatefashion.com
#5 Legging

Kalau biasa anda memakai dress dan skirt pendek tanpa legging, apa kata sarungkan kaki anda dengan leggings atau stokin panjang. Ia sekaligus dapat mengubah gaya anda summer looks kepada musim luruh.

IKLAN
Foto – FashionTasty.com
#6 Beanie

Aksesori paling comel sekali untuk dipakai! Tak kisahlah apa jua looks anda cuba tambahkan beanie pada kepala pasti jadi sahaja winter fashion anda yang serba ringkas.

Foto – Thought Catalog

Kalau semua dipakai sewaktu musim hujan pun sesuai, hujan dan salji kan sama-sama beri rasa sejuk. Apa salahnya mencuba!