Robert Irwin, 14, merupakan ahli zoologi dan jurugambar haiwan, yang mewarisi cintanya kepada haiwan dari ayahnya, Steve Irwin. Sejak di usia yang sangat muda lagi, Robert telah menunjukkan minat dalam alam semula jadi, bahkan sering menemani bapanya ke mana sahaja.
Keluarga yang terkenal itu bukan sahaja memiliki dan bekerja di Zoo Australia tetapi juga mengembara planet ini untuk menyebarkan mesej pemuliharaan.
Bukan itu sahaja, Robert mempunyai program TV sendiri di Australia Zoo TV dan menjadi pengacara bersama untuk siri Wild But True di Discovery Kids Channel TV. Anak muda ini juga menerbitkan siri buku Robert Irwin: Dinosaur Hunter dan membuat cameo dalam filem Free Willy: Escape from Pirate’s Cove.
Robert menggunakan peluang ini untuk menangkap keindahan haiwan di seluruh dunia. Anak muda ini berkongsi fotografi hidupan liarnya di Instagram dan tidak hairan ramai menyukainya.
#1
#2
#3
#4
#5
#6
Betullah peribahasa ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Anak lelaki Steve Irwin betul-betul mengikuti jejak langkahnya.