Sekarang anda tidak perlu lagi menindik hidung kerana pereka fesyen kelahiran Malaysia telah melancarkan seleksi aksesori hidung yang unik dan cantik.
Rekaan inovatif oleh pereka yang berasal dari Malaysia- – London ini, Joanne Tan memberitahu setiap perincian untuk rekaan yang dilahirkan inspirasi daripada keindahan pelbagai suku kaum.
https://www.instagram.com/p/BkMHWu6F3Xt/
Bukan aksesori hidung yang tradisional, koleksi dipanggil “Not Your Average Beauty” memberi tumpuan kepada hidung dan wajah sebagai titik penting. Tan menjelaskan bahawa pembedahan plastik untuk hidung adalah perkara yang biasa, dan itulah sebabnya dia memberi tumpuan kepada hidung untuk menutup kelemahan seperti hidung kembang atau pesek.
Kita sedia maklum, Asia terkenal dengan budaya pembedahan plastik jadi dengan kelahiran aksesori sebegini dapat menutup dan ‘menyembunyikan’ kelemahan seseorang.
Memang cantik dan unik! Penulis teringin nak miliki satu…