“Api neraka di dunia”. Itulah frasa yang paling tepat untuk menggambarkan betapa kejamnya api membakar seluruh pelusuk California sehingga menyebabkan hutan belantara serta banyak harta benda terkorban termasuklah rumah-rumah agam milik para selebriti yang berdiri megah di tebing-tebing bukit sekitar wilayah popular Malibu dan Paradise.
Untuk pengetahuan semua, kebakaran besar yang berlaku pada 9 November ini terjadi berikutan perubahan iklim dan adalah lebih parah, apabila terdapat haiwan liar dan binatang belaan yang lari untuk mencari tempat perlindungan juga habis rentung sekaligus cedera teruk gara-gara melecur.
Ada pula kes lain yang menyebabkan binatang-binatang tersebut mati sebelum sempat diselamatkan kerana terpaksa ditinggalkan sebaik pihak berkuasa mengerah penduduk berpindah segera.
Menurut laporan yang dikongsikan Daily Mail, foto seekor kucing baka Tabby bernama Billiegirl telah ditemui beberapa hari lalu telah tersebar meluas di platform media sosial sehingga mendapat perhatian dunia ,lihatkan keadaannya yang rentung parah. Adalah lebih menyayat hati apabila Billiegirl (gambar uatama) kini dikhabarkan sudah mati.
Ternyata, banyak laporan berkenaan kehilangan bintang belaan dilaporkan sejak beberapa hari lalu dan operasi mencari dan menyelamat binatang masih diteruskan. Bahkan, sebuah persatuan pencinta haiwan dipanggil California Wilfire Pets telah dibangunkan menerusi Facebook untuk tujuan murni menemukan semula bintang-binatang yang berjaya diselamatkan dengan tuan mereka dalam masa terdekat.
Antara binatang belaan malang yang terlibat dalam kebakaran dahsyat tersebut adalah termasuk arnab, kuda, kucing, anjing, haiwan-haiwan kandang seperti angsa, rusa dan banyak lagi.
Seperti yang difahamkan, keadaan menjadi lebih tegang apabila banyak binatang peliharaan terpaksa dibiar dan ditinggalkan oleh tuan-tuan mereka sewaktu operasi pemindahan segera tempoh hari saat berlangsungnya kebakaran marak yang pantas merebak.
Ia kemudian menyebabkan binatang tidak berdosa itu semua tiada arah tuju, seterusnya terkorban tanpa rela.
Atas dasar perikemanusiaaan, hal itu mendapat perhatian aktres seksi Sandra Bullock untuk turut menyumbang sebanyak $100,000 bagi menampung kos beban haiwan yang diselamatkan.
Direkodkan, kebaran tersebut telah memusnahkan kawasan sebesar 200,000 ekar.