Kesihatan

Sihat Atau Tidak Makan Organ Dalaman Haiwan?

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Sihat Atau Tidak Makan Organ Dalaman Haiwan?

Hati… Ginjal… Perut… Usus… Lidah… Eiuwww dengar je dah seram apatah lagi makan.

Ada sesiapa yang di antara pembaca Wanista peminat organ dalaman. Secara jujur, penulis menggemari beberapa organ dalaman seperti hati dan perut. Setiap kali penulis makan, ada beberapa orang bertanya sama ada organ dalaman haiwan selamat untuk dimakan atau tidak.

Selain mempunyai beberapa risiko, hidangan organ dalaman juga miliki faedahnya. Ada setengah organ dalaman sangat tinggi dengan vitamin dan nutrien tetapi ia jarang dimasukkan dalam diet harian kerana kurang kepekaan tentang khasiatnya.

Nutrien

Satu laporan Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Mohd. Rushdan Md. Noor, organ dalaman haiwan juga mengandungi pelbagai nutrien termasuk mineral dan vitamin yang berkualiti.

Foto – Anis’ Diary

Antaranya vitamin B, zat besi, fosforus, tembaga, magnesium, vitamin A, D, E dan K. Bahagian hati adalah antara organ dalaman yang mengandungi paling banyak nutrisi. Ia mengandungi sumber protein dan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata selain bersifat antikeradangan. Manakala, organ lain seperti lidah dan buah pinggang yang kaya dengan protein, asid lemak omega 3, vitamin B12, kolin dan asid folik yang penting untuk pembinaan darah terutama untuk mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.

Buruknya…

Walaubagaimanapun, khuatirnya organ dalaman yang tidak dibersih dan masak dengan sempurna boleh menjadi sumber toksin.

“Seperti manusia, kualiti organ dalaman haiwan juga dipengaruhi oleh cara ia dibesarkan, makanan serta persekitaran tempat ia membesar. Mungkin sepatutnya nutrisinya penuh, namun kerana faktor tertentu, ia menjadi toksik yang boleh memudaratkan mereka yang makan.

Foto – Resepi Mudah

“Organ dalaman boleh dimakan tetapi dalam kuantiti yang sederhana. Paling selamat, kaji latar belakang sumber organ dalaman haiwan untuk kesejahteraan bersama,” jelasnya.

Organ dalaman juga dipercayai mengandungi sejenis molekul yang boleh menyebabkan masalah kepada penghidap gout.

Ingat boleh makan tapi bersederhanalah!

RUJUKAN: & 2