Masih ingat drama Korea “My Girls” lakonan Lee Day Hee dan Lee Dong Wook? Ada satu babak di mana watak perempuan yang mencuri masuk kebun limau si lelaki yang terletak di Pulau Jeju. Bukan mahu cerita tentang plot drama tersebut tetapi bentuk dan saiz buah limau Mandarin yang dipaparkan, cukup menggiurkan. Terasa manis dan penuh dengan jus, malah rasa sihat tubuh badan dengan khasiat vitamin C.
Tak perlu terbang jauh ke Pulau Jeju, sekarang anda boleh dapatkan pelbagai makanan Korea paling organik yang hanya ada di Pulau Jeju di Jasons Food Hall.
Dikenali dengan komitmennya untuk menyediakan pengguna dengan produk berkualiti tinggi dari seluruh dunia, Jasons Food Hall menawarkan pelbagai barangan kepada pengguna yang mencari barangan runcit gourmet, wain dan produk kesihatan dan kecantikan jenama utama. Buat pertama kalinya sepanjang musim perayaan ini, Jasons Food Hall akan memperluaskan tawaran produk mereka dengan barisan makanan gourmet, barangan runcit, topeng muka, yang dibawakan khas dari Pulau Jeju, Korea Selatan.
“Kami di Jasons Food Hall sangat gembira diberi peluang untuk menjadi rakan kongsi eksklusif untuk menampilkan produk segar dari Jeju. Sebagai tanah yang subur dengan penemuan bahan-bahan organik akibat lava gunung berapi semulajadi, Pulau Jeju mengandungi dua kali lebih banyak nutrien dan digunakan untuk menanam buah-buahan seperti Gold Melon, Jeju Mandarin, Red Kiwi, sayuran seperti tomato ceri dan kubis Korea serta pelbagai lagi,” jelas Pierre-Olivier Deplanck, Pengarah Urusan GCH Retail Malaysia.
Jadi, turun ke Jasons Food Hall sekarang!
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.jasonsfoodhall.com.my/.