Hai Orang Johor!
San Francisco (SF) Coffee telah membuka pintu ke Selatan dengan melancarkan outlet pertama mereka di Capital City, sekaligus memikat selera orang tempatan dengan pilihan kopi berkualiti tinggi serta pekhidmatan terbaik.
Terletak di Capital City yang menjadi tumpuan hiburan terbesar di Malaysia, kedai kopi SF pertama di Johor Bahru, ini menawarkan suasana klasik yang menggabungkan vintaj dengan elemen Jepun era 70-an.
SF Coffee siap melayani peminat kopi hanya dengan hidangan terbaik, segar dan aromatik kerana setiap langkah yang diambil untuk membuat kopi paling sedap dengan teliti dan tepat agar berbaloi dengan apa yang dibayar.
Di sini, para pelanggan boleh memilih untuk duduk di ruang yang lebih peribadi di mana mereka dapat menikmati masa bersendirian dengan minuman pilihan, atau kawasan lounge yang lebih selesa bersama rakan dan keluarga.
Jadi, hujung minggu menjadi lebih bermakna dan seronok bersama San Francisco Coffee!
Untuk info lanjut, boleh layari laman web www.sfcoffee.com atau Facebook sfcoffee.