Fesyen

Model Filipina Pertama Jalan Di Victoria’s Secret Dibenci Kerana Terlalu “Putih”

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Model Filipina Pertama Jalan Di Victoria’s Secret Dibenci Kerana Terlalu “Putih”

Kelsey Merritt, model kelahiran Filipina menjadi kebanggaan kerana berjaya berjalan di pentas peragaan Victoria’s Secret 2018. Tapi sayangnya ada sahaja suara sumbang yang mengecam penampilannya kerana dia dikatakan terlalu “putih” (American), di mana lagaknya sudah seperti model barat biasa.

Merritt dilahirkan Amerika-Filipina, di mana bapanya adalah Amerika dan ibu pula Filipina. 

Sejak terpilih berjalan di Victoria’s Secret, ada netizen Filipina yang mempersoalkan kemunculannya. Pada netizen, Merritt kelihatan seperti gadis Amerika biasa dengan figure yang tinggi lampai, tubuh ramping dan putih. Langsung tidak seperti gadis Filipina.

Memberikan komen atas kecaman pedas, Merritt berkata dirinya lebih daripada “orang Filipina” daripada mereka yang mengecam dirinya tanpa usul periksa.

“Saya dilahirkan di Filipina dan dibesarkan di Pampanga. Saya menamatkan sekolah di Manila sebelum berpindah ke Amerika tahun lepas. Darah saya lebih Filipina daripada mereka (kononnya asal usul Filipina) yang tidak pernah menjejakkan kaki di Filipina.”

Lumrahlah bila berjaya, ada sahaja segelintir yang cemburu.. 

RUJUKAN