Kecantikan

Jenis Kulit Sensitif Patut Pakai 5 Sheet Mask Ini!

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Jenis Kulit Sensitif Patut Pakai 5 Sheet Mask Ini!

Adakah anda miliki kulit jenis sensitif? Sering tertekan kerana jenis kulit sebegini tidak boleh menggunakan produk sewenang-wenangnya?

Kulit sensitif miliki reaksi yang cepat terhadap produk tertentu, bahan kimia dan cuaca tidak menentu. Rutin penjagaan kulit sensitif memerlukan lebih perhatian, kerana terdapat banyak produk penjagaan wajah yang dijual boleh mengakibatkan kerosakan kepada kulit sensitif. Biasanya kulit sensitif akan kelihatan merah, berjerawat, bahkan mengalami iritasi. Hal ini menyebabkan seseorang merasa tidak senang, sekaligus menjejaskan penampilan.

Seiring dengan trend kecantikan yang sentiasa baru, di pasaran terdapat banyak jenis topeng muka – ada yang tanah liat, ektrak bahan semulajadi tertentu serta sheet mask. Apa yang membuatkan sheet mask mendapat tempat di kalangan beauty junkies ialah ia mudah digunakan – pakai dan buang tanpa perlu dicuci.

Gif – lifestyle hub

Pada sesiapa yang mencari sheet mask untuk kulit sensitif, Wanista kongsikan LIMA yang terbaik…

Mediheal Tea Tree

Salah satu sheet mask yang digunakan oleh BTS ini dirumuskan dengan minyak daun teh, daun pokok pain dan ekstrak portulaca oleracea. Topeng ini membantu mengawal rembesan sebum serta melegakan kulit yang kering dan sensitif akibat iritasi. Ia memberikan rawatan intensif dan menghilangkan bintik hitam serta kotoran dari liang pori tersumbat.

Foto – Arkib Wanista

Baca: Sekarang Korang Boleh Dapatkan Muka “Flawless” Seperti BTS… Ini Rahsianya!

CS12 Miracle Mask

Khusus untuk si kulit sensitif, keistimewaan CS12 dibuat dengan kain sutra 384 berkualiti tinggi, direndam dengan intipati serum yang mengandungi sifat anti-radang, membantu menenangkan dan melembapkan kulit akibat sunburn atau sensitif dehidrasi. Bahan-bahan aktif seperti Hyaluronic Acid membantu untuk meregenerasi sel-sel kulit baru, mencerahkan tona kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan. Ia juga untuk mengelakkan kerosakan kulit daripada sinaran UV + mengeluarkan sel-sel kulit mati dengan berkesan.

Foto – Arkib Wanista

Ingin dapatkan produk ini, boleh layari laman web rasmi https://cs12skincare.com.

Klairs Rich Moist Soothing Mask

Diperbuat daripada 100% kain kapas yang tulen, topeng muka untuk kulit sensitif melakukan kerja dengan mengunci semua bahan-bahan penghidratan dan khasiat ke dalam kulit muka. Paling penting, setiap sheet mask disuntik dengan intipati pelembab yang dibuat dengan asid hyaluronik dan ekstrak akar licorice.

Foto – Sephora

CAOLION Freshly Hydro

Sheet mask ini mampu menyerap ke dalam kulit, memberikan khasiat kepada kulit yang tidak senada dan kusam. Baik untuk semua jenis kulit termasuk sensitif, sifat hidrogel seperti jeli yang terkunci dalam kelembapan untuk penghidratan segera dan tahan lama, manakala aprunus mume water dan chitosan bekerja untuk membersih, menenang serta memulihkan kulit dari dalam.

Foto – Sephora Malaysia

Dr. Jart+ Rubber Mask

Lupakan sheet mask tradisional. Dr. Jart+ Rubber Mask memberi pengalaman baru di mana aplikasi serum di wajah dan tampalkan sheet mask yang diperbuat daripada rumpai laut. Anda dapat merasakan pesan penyejukan di samping melembap secara berpanjangan.

Foto – My Skin Cleanser

Menariknya dua langkah – serum dan topeng getah bekerja untuk melawan jerawat dan menenangkan kulit akibat sunburn dan iritasi. Berasal dari ekstrak alga dengan kalsium untuk menyejuk dan menenangkan kulit, topeng mempunyai lipophilic dan hydrophilic bertugas untuk memaksimumkan kelembapan pada kulit. Pore Clear Complex membersihkan liang-liang dan menyegar, sementara rumpai laut meninggalkan kulit lebih jelas dan sihat.

Foto – Revelist

Nak diingatkan anda mungkin tidak dapat hasil kalau baru menggunakan sehari. Cuba selama seminggu dan lihat perubahan.

Selamat Beramal!