Cinta & Perhubungan

Elak Kahwin Dengan Lelaki “Low Level” Kalau Mental Tak Kuat

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Elak Kahwin Dengan Lelaki “Low Level” Kalau Mental Tak Kuat

Jawapannya mudah, sebab manusia tak pernah puas dengan apa yang dimilikinya.

Sebagai seorang manusia yang punyai keinginan, hati kita tak pernah berhenti untuk mencari kesempurnaan dalam hidup dan ini berkait rapat dengan pemilihan pasangan ideal atau dalam Islamnya dipanggil “sekufu”.

Mengikut fitrah manusia, lelaki dilahirkan untuk memimpin manakala kaum Hawa pula sememangnya sudah ditetapkan untuk berdiri di belakang lelaki sebagai pendorong yang mampu melengkapkan kehidupan kaum Adam.

Sumber: Freepik

Hal ini kemudian membuatkan penulis tertanya-tanya, apakah akan jadi kalau perempuan yang sepatut dipimpin oleh lelaki itu berubah menjadi pemimpin dalam keluarga? Hari ini kita dapat lihat, ramai wanita yang lebih berjaya daripada lelaki bahkan ada kes yang berlaku, suami diperlakukan seperti bukan siapa-siapa apabila isteri mulai naik kepala atau bahasa lazimnya “Queen Control”.

Islam Galak Cari Jodoh Sekufu

Hadis daripada Rasulullah SAW. Salah satu hadis yang menyebut tentang sekufu ialah hadis yang diriwayatkan oleh  Imam At-Tirmidzi yang bermaksud:

“Wahai Ali, ada tiga perkara yang jangan kau tunda perlaksanannya, iaitu solat apabila telah tiba waktunya, pegebumian jenazah apabila telah siap penguburannya, dan wanita apabila telah menemukan jodohnya yang sekufu/sepadan.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Menurut Iman Syafie, sekufu terbahagi kepada enam aspek iaitu Islam, merdeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera daripada sebarang kecacatan.

Ia bukanlah sebahagian syarat sah nikah namun memilih pasangan sekufu atau erti mudahnya “setaraf” ini bisa membangunkan keluarga yang harmoni di masa kelak. (Bila sekufu peratusan untuk gaduh tak puas hati sesama pasangan adalah rendah)

Tapi perlu ingat, adalah lebih baik memilih yang sekufu dari segi agama berbanding harta mahupun rupa paras.

Siapa Lelaki “Low Level”?

Ada satu kes melibatkan pergaduhan suami isteri kerana nafkah. Situasinya, si isteri memiliki jawatan yang berpangkat di sebuah institusi swasta manakala si suami pula sekdar kerja mengikut kemampuan.

Menurut cerita, si suami sudah sakit dan agak berumur membuatkan dia sukar mencari pekerjaan. Hal itu secara tidak langsung membiarkan isteri menanggung hampir ke semua perbelanjaan rumah termasuklah perbelanjaan anak-anak. Jadi persoalannya di sini, di mana tanggungjawab seorang suami?

Sumber: Baituljannah.com

Lelaki “Low Level” yang ingin penulis tekankan di sini, adalah lelaki yang tidak mampu memberi isterinya nafkah. Nafkah merangkumi, makan minum, tempat tinggal, perhiasan dan ubat-ubatan. Nafkah adalah WAJIB diberikan oleh suami kepada isteri dan anak-anaknya. Itu sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menyediakan keperluan asas termasuk tempat tinggal, makan, pakai, keperluan peribadi isteri dan anak-anak. Nafkah tetap wajib meskipun isteri bekerja dan memiliki pendapatan sendiri.

Nafkah tersebut tidak perlu diberikan lelaki buat isterinya andai isteri redha dan mengikhlaskan hati untuk tidak mendapat nafkah. Tapi, kalau isteri tak redha. Kena bagi.

Jika kamu seorang perempuan yang takut ditindas lelaki, sebelum kahwin, fikir masak-masak dan lihat latar belakangnya. Kalau kamu boleh terima hidup susah bersamanya, silakan… tetapi jika kamu tidak dapat menanggung kesusahan. Elakkan. Tepuk dada, tanya selera. ❤

RUJUKAN 1, 2