Parut di wajah seperti kesan bekas jerawat atau kesan luka sisa daripada kecederaan adalah masalah kulit yang boleh dikatakan merunsingkan dalam kalangan wanita.
Walau bagaimanapun, adalah lebih parah andai seseorang itu menghidap masalah jeragat yang sebenarnya merupakan sejenis pigmentasi kulit. Seperti penulis sendiri, penulis perasan yang pada bahagian sisi wajah sebelah kiri, ada satu tompokan gelap yang saiznya sebesar syiling 20 sen. Hal ini sedikit-sebanyak menggangu keyakinan dan memaksa penulis untuk menutupnya dengan solekan.
Rawatan QuadroStar Pro Yellow Laser Buang Parut Degil
Sampailah suatu ketika, penulis berpeluang mencuba sendiri rawatan yang mampu memudarkan jerawat secara efektif!
Bertempat di Clique Clinic, Bangsar, klinik estetik berkelas ini menawarkan pelbagai rawatan kecantikan, khidmat nasihat dari kumpulan pakar kecantikan dan kosmetik juga turut ditawarkan bagi pengunjung yang berhajat untuk membuat perawatan.
Untuk masalah jeragat seperti yang dihidapi penulis, perawatan laser dipanggil Pro Yellow amatlah digalakkan kerana lebih selamat dan tidak berisiko untuk beri kesan sampingan.
Harga Ikut Tahap Keseriusan Masalah Kulit
Menurut pakar di Clique Clinic yang mengendalikan masalah kulit penulis iaitu Dr. Christie Moey, perawatan laser Pro Yellow sebenarnya adalah cara moden paling ampuh untuk memudar sekaligus menghapuskan parut-parut degil di wajah. Sebab itulah, harga yang dikenakan juga adalah bergantung pada tahap keterjejasan kulit si pelanggan iaitu sekitar RM600 – RM1000/sesi.
Tak perlu risau kerana kos rundingan dan nasihat doktor sudah termasuk sekali dalam anggaran bayaran tadi.
Prosedur Rawatan Pro Yellow Di Clique Clinic
Kamu akan berjumpa doktor untuk berunding dan mendapatkan nasihat berkenaan masalah kulit. Selepas itu, pelanggan akan dibawa ke sebuah bilik untuk mencuci wajah agar kulit bersih dari segala kotoran mahupun sisa solekan. Penulis nasihatkan korang datang tanpa pakai sebarang mekap ya.
Selepas wajah bersih, pembantu klinik akan mengambil foto wajah untuk tujuan melihat perbezaan sebelum dan selepas rawatan. Kamera istimewa digunakan dan kamu perlu merakam foto 360 darjah agar keseluruhan bahagian wajah boleh dilihat jelas dalam foto.
1. Khas untuk perawatan laser, gel akan disapu pada keseluruhan wajah. Menurut Dr. Christie, ramai menyangka ia adalah gel kebas namun sebenarnya ia adalah sejenis gel yang akan menggalakkan keberkesanan tembakan laser hingga ke bahagian kulit paling dalam untuk tujuan memudar dan menyembuh parut.
2. Had pancaran laser akan ditentukan mengikut kesesuaian dan keseriusan masalah kulit. Jangan takut kerana rasa sakit ditusuk sinaran laser berwarna kuning menggunakan teknologi QuadroStar boleh dilabel seperti ‘dicubit’ pada skala 5/10. Not bad! Untuk masalah pigmentasi yang dihidap penulis pula, tempoh rawatan Pro Yellow ini siap dalam masa 45 minit.
3. Setelah siap rawatan, sekali lagi foto wajah akan dirakam untuk simpanan pihak klinik sebagai rujukan bagi melihat keberkesanan rawatan. Doktor juga menasihatkan bahawa lebih 3 hingga 4 sesi susulan perlu dilakukan untuk menghilangkan parut jeragat sepenuhnya.
Kebaikan Rawatan Pro Yellow Laser
Bagusnya rawatan Pro Yellow ini adalah, tusukan laser yang dikeluarkan adalah lebih terperinci kerana dapat menangkap target kawasan kulit yang bermasalah (parut). Bukan itu sahaja, kesakitannya juga masih boleh dihadam malah, ia menjanjikan kesan segera dalam waktu yang sangat singkat! Baru sekali penulis menjalani rawatan Pro Yellow namun jeragat ternyata semakin pudar bahkan kawasan sekitar kulit juga lebih cerah berbanding normal.
Kesan Perubahan Sebelum & Selepas
Sesuai untuk semua jenis kulit. Walau bagaimanapun, jangan terkejut andai kulit kamu terdapat kesan bekas laser seperti yang penulis alami ini (gambar kiri). Ia normal dan boleh ditutup dengan mekap. Hari demi hari dalam masa seminggu selepas rawatan, kesan hitam tersebut akan gugur sendiri dan kulit mula mengelupas untuk penghasilan sel kulit baru.
NOTA: Kudis bekas laser akan gugur dan tertanggal sendiri pada hari ke-2 hingga hari ke-5 selepas rawatan.
Hasilnya permukaan kulit lebih cerah dan parut pun mulai pudar dan semakin menghilang. Kalau pakai serum dan krim perlu ambil masa tapi kalau rawatan laser, lepas seminggu dah boleh nampak kesan. Puas hati sangat!
Menurut Dr. Christie, jika satu sesi rawatan sudah cukup untuk pudarkan parut dan memuaskan hati kamu, kamu tak perlu datang semula untuk sesi yang kedua. Tiada paksaan.
Clique Clinic menawarkan khidmat rawatan yang paling ideal untuk masalah kulit dan kecantikan kamu, bahkan layanan yang diberikan juga sangat mengujakan. Kawasan di sekitar klinik juga nyaman, kemas sambil dihiasi hiasan dalaman serba biru sekaligus menyerlahkan sisi profesional dunia perubatan yang cuba ditonjolkan.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [cliqueclinic.com]. Kunjungi Clique Clinic di alamat:-
Aras 6, Boutique Office 3A-06-01, Menara 3A, 3, Jalan Bangsar, Kampung Haji Abdullah Hukum, 59200 Kuala Lumpur.
Selamat mencuba! ❤